Motosikal

HJC HASILKAN TOPI KELEDAR ADIWIRA

Pengeluar topi keledar terkemuka dunia, HJC telah bekerjasama dengan pihak Marvel untuk menghasilkan satu koleksi topi keledar adiwira yang istimewa.

HJC-IS-17-Iron-Man-Mekanika (3)

Adiwira yang terpilih untuk dijadikan grafik pada topi keledar tersebut ialah Iron Man, Captain America dan The Punisher.

HJC-IS-17-Iron-Man-Mekanika (1)

Selain daripada grafik yang menarik, topi keledar model IS-17 turut didatangkan dengan cermin gelap dan amber untuk Iron Man. Topi keledar ini nyata menyerlah dengan gabungan warna merah emas dan visor berwarna oren.

HJC-CL-17-The-Punisher-mekanika (2)

Topi keledar CL-17 pula digunakan untuk The Punisher. Rekaan grafiknya menampilkan gambar tengkorak berwarna putih pada bahagian atas dan sisi topi keledar yang dicat dengan warna hitam.

Tampil dengan warna biru, topi keledar Captain America dilekatkan grafik sayap berwarna putih pada setiap sisi. Sementara bahagian hadapan ditampal dengan huruf A dan logo di belakangnya.

HJC-CL17-Captain-America-mekanika (2)

Secara ringkasnya, topi keledar IS-17 dan CL-17 dihasil menggunakan material polikarbonat komposit termaju yang ringan dan kukuh. Ia juga hadir dengan ciri ventilasi agar rasa lebih selesa ketika dipakai.

Bagi menjamin aspek kebersihan, pad dalaman topi keledar ini boleh dibuka untuk dibasuh. Fabrik yang digunakan pula jenis anti bakteria.

HJC-CL17-Captain-America-mekanika (1)

Topi keledar ini ditawarkan pada harga bermula AS$175 hingga AS$250 (RM) dan dijangka berada di pasaran mulai bulan depan!

Google ads
Back to top button