Modifikasi

LAGENDA FR NISSAN CEFIRO A31

Kereta FR moden FR di Malaysia sebenarnya tidak banyak pilihan. Kereta alternatif pacuan roda belakang pada hari ini ialah BMW dan Mercedes-Benz.

Seperti yang ramai orang tahu, nak main kereta begini dengan enjin Jepun adalah langkah 50/50. Nasib baik, kereta boleh jadi laju dan bergaya. Kalau nasib tak baik, banyak duduk bengkel berbanding atas jalan.

Pengendalian dan pendawaian merupakan dua masalah utama. Kadang-kadang enjin dah boleh ekstrak sampai 500hp dengan 40kg tork. Tetapi yang boleh disalur ke jalan tak sampai separuh. Kereta melilau apabila launching.

Nissan-Cefiro-A31-mekanika (15)

Namun begitu, ada sebuah jentera eksekutif Nissan yang menyambut baik cadangan para drifter di sini. Apa lagi kalau bukan Nissan Cefiro. Dalam segmennya, Cefiro paling lambat menukar posisi pacuannya dari belakang ke depan.

Seperti yang kita semua maklum, mana-mana jentera pacuan belakang moden, harganya masih kekal. Tak percaya, tengok harga A31 ini, bandingkan dengan Brougham A32. Kenapa yang baru lagi murah?

Nissan-Cefiro-A31-mekanika (6)

Potensi pengubahsuaian A31 bertitik tolak daripada pilihan enjin yang banyak. Bila cakap pasal Nissan sudah tentu enjin 6 selinder jadi sandaran. Memandangkan Cefiro dibina dari platform sama dengan Skyline, memindahkan enjin RB adalah kerja mudah. Malah ramai mekanik boleh buat tanpa perlu fikir nak gantung cagak baru. Hampir 99 peratus sama.

Tapi kenapa Cefiro ini buat benda pelik dengan pilih enjin SR20DET? Ismail dari Kluang ini kata enjin RB20DET dah terlalu mainstream. SR20DET 4 selinder daripada half-cut S15 black top adalah generasi terakhir SR20.

BACA – MOD GILA: PROTON SAGA V8!

BACA – TEKSI GENTING SENTRA LAJU!

Segala teknologi telah dicurahkan oleh Nissan Motor Jepun untuk sebuah enjin yang memegang juara keagungan FR. Enjin ini juga menjadi asas kebanyakan model moden pasca milenium seperti Nissan Serena.

Piston asal digantikan dengan piston CP bersaiz 87mm yang dicantumkan selinder head  dengan gasket besi Cometic. Turbo yang dicantumkan pada mulut manifold banana custom tu ialah Garret AR60.

Nissan-Cefiro-A31-mekanika (14)

Bersimpang siur pula nampak wastegate turbosmart di situ. Blow-off valve HKS, intercooler pun HKS. Radiator lebih besar jenis aluminium dari Synergy. Akhir sekali,  Ismail memasangkan ECU aftermarket Tomei.

Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear asal S15 dengan gandar  belakang Cefiro. Ia diperkemaskan dengan pelapik klac Exedy dan flywheel Toda yang lebih ringan.

Apabila kuasanya terserlah barulah upgrade suspensi. Set adjustable TEIN hi-low soft-hard jadi pilihan untuk memastikan jentera ini kekal stabil. Brek nampak meyakinkan jugak dengan 2 pot Nissan di depan dan set belakang asal Cefiro A31.

Musim sekarang ialah pakai rim Olskool pada kereta moden. Saya memang suka rim BBS RS. Saiznya dia 17 inci dan tayar Falken 215/45r17. Kalau cantik jadi ukuran, elok pasangkan 17 X 10.5 ET 0 di belakang dengan tayar 245/40.

Nissan-Cefiro-A31-mekanika (11)

Meninjau ke bahagian kokpit, kemas dengan meter Greddy, stereng Personal, kerusi driver Bride Low Max full bucket merah.

Bahagian luar pula dipasang dengan nose cut R32 Skyline di depan dan lampu R32 di belakang. Skirting sisi, apron dan lips hadapan adalah campuran idea daripada Uras dan JDM lain. Dapatlah rupa lain. Warna asal ditukar dengan warna trademark Skyline GT-R.

Nissan-Cefiro-A31-mekanika (13)

Cefiro A31 berjaya mengekalkan status pembuat kereta ulung satu ketika dulu. Sekarang semua kereta Nissan adalah membosankan kecuali GT-R.

Dulu, jurutera yang buat kereta lahir dari pelajar tak ikut cakap cikgu tapi cemerlang, malam pergi merempit dengan CGPA cukup makan. Jurutera yang buat kereta hari ini mungkin lahir dari graduan kursus andaman pengantin.

Takpun reka bentuk perabot pejabat. Saya rasa la….

 

 

 

Google ads
Back to top button