Motosikal

WMOTO RT1 DAN SM125i DILANCARKAN – DARI RM5,888

MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran tempatan kali ini menerusi WMOTO SM125i dan WMOTO RT1. 

WMOTO RT1 – RM9,888

WMOTO RT1 merupakan varian ketiga selepas RT3 dan RT2 yang memasuki pasaran negara. Bagaimanapun, ketika RT2 dan RT3 dikuasakan enjin satu silinder 250cc, RT1 pula merupakan skuter yang lebih kompak dengan platform 150cc (149.3cc). 

RT1 menawarkan 15hp pada 8,000rpm dan 14.5Nm pada 6,750rpm. Angka tersebut meletakkan RT1 setaraf dengan Yamaha NVX (15hp) dan Honda Vario 160 (15.1hp). 

Bagaimanapun, RT1 ini menarik perhatian dengan adanya fungsi Traction Control (TCS) dan panel meter TFT. Digandingkan bersama ABS, sistem TCS ini memastikan tunggangan harian lebih selamat terutamanya mengelakkan berlaku keadaan tayar tergelincir diwaktu hujan. 

Tidak cukup dengan itu, sepert RT2 dan RT3, versi 150cc ini juga dilengkapi dengan kamera papan pemuka (dashcam) yang berupaya merakam video 1080p.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk;

  • keyless
  • pencahayaan LED 
  • pad anti-slip pada tempat letak kaki

WMOTO SM125i – RM5,888

Dalam pada itu, MForce turut memperkenalkan kapcai mampu milik menerusi WMOTO SM125i yang hadir dengan harga RM5,888. 

SM125i ini dipaca enjin satu silinder 123.7cc SOHC dengan suntikan bahan api yang berupaya menghasilkan 8hp dan 8.5Nm pada 6,000rpm. 

Sebagai motosikal mampu milik, rata-rata ciri ditawarkan adalah lebih konvensional termasuk fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang, cakera brek (depan) dan brek dram di belakang. 

Meskipun begitu, SM125i ini hadir dengan lampu LED penuh termasuk lampu isyarat kiri dan kanan selain dari panel meter digital berwarna. 

Sementara itu, SM125i ini juga cukup praktikal dengan adanya ruang letak barang yang mencukupi di bawah tempat duduk, pengecas USB dan berat bersih hanya 96kg.

Google ads
Back to top button