
TOYOTA PRIUS GRMN BAKAL DILANCARKAN. NAIK TARAF REKA BENTUK, 3 MOTOR ELEKTRIK, PILIHAN TRANSMISI MANUAL, 220HP
Toyota Prius GRMN bakal dilancarkan pada 2023 dan jentera itu sedang dibangunkan oleh Toyota. Prius baharu itu bukan sahaja mendapat perubahan reka bentuk, malah dinaik taraf dari segi prestasi.
Menurut beberapa laporan, Toyota Prius GRMN akan menggunakan sistem plug-in Prius Prime, atau seperti yang digunakan oleh rangkaian hibrid Toyota RAV4 Prime. Ia terdiri daripada enjin 4 silinder berkapasiti 2,500cc yang digabungkan dengan tiga motor elektrik dan mampu menghasilkan kuasa 302Hp.
Toyota Prius GRMN dengan sistem hibrid plug-in Prime mampu menghasilkan 220Hp, 8Hp kurang dan 0.4 saat lebih perlahan berbanding Toyota GT86.

Toyota Prius baharu juga akan mendapat perubahan casis dan suspensi yang lebih kukuh untuk menambah baik pengendalian. Di bahagian dalam akan terdapat perbezaan ditampilkan berbanding varian GR.
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, Prius GRMN bakal tersedia dengan pilihan transmisi manual. Tetapi sebelum itu, kita hanya boleh menantikan sehingga Toyota Prius GRMN ini rasmi dilancarkan di antara Q3 2023 dan Q2 2024.
Susulan penerimaan positif terhadap Prius baharu serta kereta prestasi lain seperti GR Supra, GR86 dan GR Corolla, Gazoo Racing dilapor sedang membina kereta versi hibrid berprestasi tinggi.
- BACA: TOYOTA PRIUS 2023 HABIS DIJUAL DALAM MASA SEHARI DI JEPUN. PENYERAHAN AMBIL MASA SELAMA SETAHUN
- BACA: TOYOTA TAWAR ‘KINTO UNLIMITED’ SERTA DISKAUN BAYARAN BULANAN 10% UNTUK PRIUS 2023
- BACA: TOYOTA C-HR PROLOGUE DIDEDAHKAN, REKAAN HADAPAN IKUT JEJAK CROWN, PRIUS
- BACA: TAK BUANG MASA, MODELLISTA HASILKAN BODYKIT TOYOTA PRIUS 2023 YANG LEBIH GARANG

