
TOYOTA TAWAR ‘KINTO UNLIMITED’ SERTA DISKAUN BAYARAN BULANAN 10% UNTUK PRIUS 2023
Unit pajakan Toyota, Kinto, mengumumkan perkhidmatan “Unlimited” baharu pada minggu ini untuk pelanggan Prius 2023 di Jepun. Produk baharu itu akan mengurangkan bayaran bulanan sebanyak 10 peratus untuk pelanggan yang memilih over-the-air (OTA).
Pelanggan “Kinto Unlimited” akan mendapat kemas kini ciri keselamatan, seperti sistem pengelakan perlanggaran, untuk kenderaan di jalan raya. Selain itu, Toyota juga akan mengemas kini pada blind spot monitors, panoramic view monitors, steering wheel heaters, serta banyak lagi boleh ditambah pada kenderaan dengan cepat dan mudah oleh juruteknik.
Menurut Toyota, kemas kini baharu akan mula tersedia pada pertengahan 2023. Malangnya, perkhidmatan ini tidak termasuk dalam harga Kinto Unlimited, tetapi boleh ditambah kepada yuran bulanan pemajak, atau dibayar sekaligus.

Perkhidmatan ini juga akan menawarkan perkhidmatan bersambung baharu yang dipanggil “T-Connect”, di mana ia akan memberi maklumat tentang pemanduan serta menawarkan tips untuk pemanduan lebih selamat atau cara menjimatkan bahan api.
Perkhidmatan ini juga memberi pelanggan maklumat tentang penjagaan kereta, dan boleh membantu mereka menjadualkan pemeriksaan seperti penukaran minyak, sebagai contoh.
Shinya Kotera, presiden Kinto, berkata pendekatan ini adalah bersesuaian dengan pemilikan lebih moden yang dipelopori oleh jenama seperti Tesla.
“Pelanggan Tesla, secara ringkasnya, berpendapatan tinggi, dan ramai daripada mereka sanggup membayar untuk perkara baharu. Pelanggan Toyota tidak begitu. Mereka bukanlah seseorang yang akan membayar tambahan untuk teknologi baharu. Mereka mencari sesuatu boleh dipercayai serta murah.” kata Kotera.






