Artikel Pilihan

DAIHATSU ROCKY, AKAN DAPAT VERSI E SMART HIBRID.

Kalau kami sebut Daihatsu Altis, mungkin ramai yang tidak kenal dengan model tersebut. Tapi tahukah anda bahawa Daihatsu Altis sebenarnya adalah salinan semula Toyota Camry serta ditawarkan dalam varian hibrid. Malah ia merupakan model tunggal hibrid Daihatsu yang dijual di Jepun

Ketika pameran Kuala Lumpur International Motorshow 2018 dulu diadakan, Perodua turut menayangkan satu trenkuasa kuasa hibrid baru kepada umum. Dalam bayangan tersebut, model hibrid dikuasakan dengan motor electric generator unit (MGU), sistem bateri dan juga enjin.

Tambah menarik lagi apabila laman automotif media Jepun mendedahkan bahawa Daihatsu bakal melancarkan model naiktaraf Rocky pada 1 November 2021 dengan beberapa perubahan kosmetik yag kecil. Namun perubahan yang besar ialah pada sistem trenkuasa dengan varian e Smart Hybrid akan diperkenalkan pada umum.

Berbeza dengan tanggapan ramai bahawa sistem ini adalah kesinambungan pada Hybrid Synergy Drive daripada Toyota, e Smart Hybrid adalah sistem yang dibangunkan sendiri oleh Daihatsu. Dalam sistem ini, enjin akan bertindak sebagai range extender atau pengecas bagi mengecas bateri sistem

Paten sistem ini telah didaftarkan pada bulan Julai tahun 2020 lagi, namun sehingga hari ini ia masih tidak diadaptasi pada mana-mana model Daihatsu. Berbeza dengan sistem mild hybrid yang digunakan oleh Suzuki yang lebih kepada penjimatan petrol, sistem e Smart Hybrid lebih menyerupai sistem e-Power yang digunakan oleh Nissan

Pada pendapat kami, jika sistem hibrid akan mula digunakan pada Rocky, besar kemungkinan sistem turbo yang digunakan untuk menjana lebih kuasa pada RPM rendah tidak lagi akan digunakan kerana enjin akan berputar pada RPM tetap bagi menjana tenaga elektrik.

Antara pemerhatian kedua kami terhadap Perodua Ativa yang diuji dulu oleh Mekanika, terdapat banyak ruang kosong dalam enjin. Enjin 3 silinder yang kompak akan memberikan lebih banyak ruang bagi pemasangan komponen sokongan hibrid pada cesi Ativa/Rocky tanpa modifikasi yang besar.

Google ads
Back to top button