
PESAWAT ELEKTRIK PERTAMA RENTAS SELAT COOK
Juruterbang dan pengasas ElectricAir, Gary Freedman, mencipta sejarah apabila berjaya menerbangkan pesawat elektriknya merentasi Selat Cook di New Zealand pada Isnin.
Menariknya, ketika mengemudikan pesawat berkenaan, dia sedar bilah angin turbin pesawat itu dapat menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui.
Freedman berada di udara selama 40 minit dalam penerbangan secara solo menggunakan pesawat berkapasiti dua penumpang itu.
Sejak 101 tahun, ini cubaan kali kedua dilakukan oleh mana-mana individu untuk terbang merentasi selat yang memisahkan dua kepulauan Pasifik Selatan itu.
Matlamat penerbangan itu adalah untuk mempromosikan tenaga hijau dalam industri penerbangan, selain bersempena pembukaan Sidang Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, Scotland.
Freedman memaklumkan, penerbangan bergerak lancar dan mempunyai baki 40 peratus bateri selepas mendarat. –AWANI
- BACA: PESAWAT MD-87 TERHEMPAS. 21 KRU DAN PENUMPANG SEMPAT SELAMATKAN DIRI
- BACA: AIRLANDER 10 PESAWAT TERBESAR DUNIA. DAPAT JULUKAN ‘PUNGGUNG TERBANG’
- BACA: AKSI BERANI TERBANGKAN PESAWAT KECIL DALAM DUA BUAH TEROWONG. KELAJUAN CECAH 241KM/J
- BACA: REMAJA 19 TAHUN NAK BIKIN REKOD KELILING DUNIA GUNA PESAWAT SHARK AERO