TOYOTA RAV4 2014
Diperkenalkan 20 tahun lalu, Toyota telah berjaya mencipta satu segmen baharu iaitu SUV rekreasi kompak menerusi model RAV4.
Turut ditiru oleh para pengeluar kenderaan,
RAV4 terus dibina dengan spesifikasi terbaik demi memenuhi kehendak pelanggannya. Di pasaran United Kingdom misalnya, RAV4 2014 dilengkapi enjin diesel D-4D bersesaran 2.0 liter bersama kotak gear manual enam kelajuan.
Enjin yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 122bhp dan tork 310Nm itu kemudian dipadankan dengan pilihan pacuan dua dan semua roda (AWD).
Antara penambahbaikan yang dibuat pada RAV4 adalah aplikasi sistem multimedia dengan skrin sentuh Toyota Touch 2. Ia menampilkan paparan skrin beresolusi tinggi, selain ciri Bluetooth, kamera undur dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, RAV4 juga hadir dengan ciri kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci.
Walaupun tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia, RAV4 memang antara model popular yang ditawarkan oleh grey importer.