Buletin

STOK CIP KURANG, HONDA JEPUN TERPAKSA HENTI SEMENTARA TEMPAHAN CIVIC

Honda Jepun menerusi satu kenyataan di laman web rasmi memohon maaf kerana terpaksa menutup sementara tempahan bagi model Civic di pasaran tersebut.

“Mohon maaf atas penggantungan sementara tempahan bagi pelanggan yang mempertimbangkan CIVIC. Bagi memastikan penghantaran CIVIC kepada semua pelanggan yang telah membuat pesanan, kami sedang menangguhkan penerimaan tempahan.”

Langkah ini akan memberikan kesan kepada penjualan Civic LX yang dipadankan dengan transmisi manual, serta model Civic e:HEV.

Pada bulan Januari yang lalu, Honda telah menangguhkan tempahan bagi model Civic Type R, dengan memetik kesukaran yang serupa.

Untuk pelanggan Jepun, Honda memaklumkan mereka sukar untuk menentukan tempoh pembukaan semula tempahan bagi model-model yang disebutkan itu tadi.

“Disebabkan kekurangan bekalan bahagian semikonduktor yang kronik, sukar untuk meramalkan pengeluaran masa hadapan,” tulis pembuat kereta itu mengenai model Civic LX dan e:HEV.

“Mengenai penyambungan semula pesanan, kami akan memaklumkan anda semula berdasarkan situasi pengeluaran masa hadapan. Kami amat memohon maaf kerana menyebabkan kesulitan yang besar kepada pelanggan yang mempertimbangkannya.” – Carscoops

Google ads
Back to top button