Buletin

HONDA AWV, KENDERAAN AUTONOMI UNTUK TAPAK PEMBINAAN!

Honda dan robot tidak dapat dipisahkan, meskipun pembangunan ASIMO sudah ditamatkan, Honda masih lagi fokus kepada projek lain sebagai contoh kenderaan elektrik Honda Autonomous Work Vehicle (AWV).

Prototaip generasi ketiga dan terbaru itu dipertontonkan di acara CONEXPO-CON/AGG 2023 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Mac 2023.

Honda AWV dibangunkan untuk membantu di tapak pembinaan dan tapak kerja dan berupaya meningkatkan produktiviti.

Honda AWV dibangunkan menggunakan kepakaran Honda dalam teknologi autonomi dan syarikat sedang meneroka untuk membangunkan perkakasan dan alatan tambahan supaya kenderaan itu dapat digunakan di dalam pelbagai jenis lapangan kerja.

Honda AWV boleh beroperasi secara autonomi atau manual menggunakan alat kawalan. Setakat ini Honda telah berjaya melakukan ujian lapangan generasi kedua AWV di tapak pembinaan solar berskala besar di Amerika Syarikat.

Berdasarkan ujian dunia sebenar, Honda telah membuat beberapa penambahbaikan dan generasi ketiga Honda AWV tampil dengan ciri berikut:

  • Saiz kargo dua palet dan kapasiti muatan 907 kilogram
  • Fungsi navigasi dipertingkatkan di lokasi servis GNSS (global navigation satellite system) dalam keadaan lemah atau tiada liputan melalui penggunaan sensor LiDAR
  • Antara muka pemprograman berasaskan tablet yang lebih mudah dan sambungan awan

  • Kelajuan lebih tinggi dalam mod autonomi sehingga 16 km/j
  • Saiz bateri lebih besar dan masa operasi lebih panjang sehingga sepuluh jam
  • Fungsi pengelakan dipertingkatkan bagi kenderaan yang berhenti di jalan 
  • Ruang kargo lebih rendah untuk memudahkan kerja memuatkan barang dan ciri ergonomik lebih baik

 

Dari segi operasi, Honda AWV menggunakan pelbagai sensor untuk bergerak secara autonomi sebagai contoh GPS untuk lokasi, radar dan lidar bagi mengesan objek yang menghalang dan kamera untuk pengawasan dari jauh.

Ujian lapangan sebelum ini juga telah mengesahkan Honda AWV dapat menghantar bahan dan bekalan pembinaan tepat pada lokasi menggunakan laluan yang terlebih dahulu ditetapkan.

Selain memanfaatkan kepakaran dan teknologi sedia ada, kenderaan ini juga menggunakan komponen dari kereta dan produk Honda.

Spesifikasi Honda AWV generasi ketiga:

  • Dimensi: 1,300 mm (L) x 3,025 mm (P) x 2,052 mm (T)
  • Saiz ruang kargo: 2,560 mm x 1,300 mm
  • Berat tanpa muatan: 800.5 kg
  • Kapasiti muatan maksimum: 907 kg
  • Kelajuan: 16 km/j (autonomi), 2.5 km/j (kawalan jauh)
  • Radius pusingan minimum: 11.4 kaki
  • Saiz bateri: 18.6 kWj
  • Jarak dengan kapasiti muatan maksimum: Sehingga 45 km 

BACA: HONDA HR-V TURBO 1.5V, 178 KUASA KUDA DAN 240NM TORK.

BACA: HONDA FURY, BUKAN CHOPPER CUSTOM TAPI BUATAN ASLI HONDA!

BACA: HONDA LEGEND KC2, MODEL LEGEND TERAKHIR PADA 2021

Google ads
Back to top button