
TOYOTA SUPRA MILIK CALON PERDANA MENTERI JEPUN BAKAL JALANI PROSES RESTORASI – BOLEH TAHAN SELERA PUAN CALON PM JEPUN NI YE
Walaupun Sanae Takaichi gagal menang dalam kempen untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun tahun lalu tapi beliau masih kekal sebagai wanita paling berkuasa di negara matahari terbit itu. Rupanya beliau juga merupakan pemilik asal sebuah Toyota Supra 2.5GT Twin-Turbo Limited keluaran tahun 1991.

Beli baru tau bukan beli recond. Tapi setelah sepuluh tahun sibuk dalam dunia politik sejak dari era Abe (bukan Norrick Abe ok), beliau tidak mempunyai banyak kesempatan untuk memandu kereta ini tapi yang bestnya kini Supra milik Takaichi bakal menjalani proses restorasi penuh.
Takaichi dilahir dan dibesarkan di wilayah Nara, tengah Jepun dan pertama kali dilantik sebagai wakil rakyat pada tahun 1993. Sebagai seorang kaki kereta beliau sentiasa berulang alik antara Nara dan Tokyo dengan menggunakan Supra turbo baru beliau! Wakil rakyat kita? Hmm… Vellfire gomen bagi lepas tu pasang lampu mata arah warna biru sibuk suruh rakyat bagi laluan.

Dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan Jepun tahun lepas, Shinichi berkata selepas Supra beliau turut memiliki sebuah Celica XX yang merupakan unit terpakai. Sempoi betul kan? Beli seken je. Malah sebelum membeli Supra tersebut beliau sudah lama meminatinya dan menunggu dengan penuh sabar untuk warna idaman beliau.
Takaichi bekerja keras mengumpul wang dan membeli kereta baru pertama dalam hidup beliau. Penantian sekian lama berhasil dan beliau berjaya memiliki sebuah Supra turbo dengan warna Super White Pearl Mica. Manakala di negara Isketambola pula isteri bekas perdana menterinya sibuk menabung untuk membeli beg tangan berjenama dan barang kemas. Waw…
Takaichi memilih Supra dengan spesifikasi 276 hp kuasa 1JZ-GTE twin-turbo six dan dipadankan dengan kotak gear automatik 4-kelajuan. Ye lah nak guna hari-hari bukannya untuk masuk perlumbaan drag. Dalamannya pula dilengkapi dengan tempat duduk kulit berwarna burgundy berbeza dari Supra JDM lain. Harganya pada ketika itu ialah sekitar 4.3 juta yen bersamaan dengan RM133,705! Kena ingat tu harga tahun 90 an. Mahal tu weh.
Beliau memandu Supra tersebut penuh setia selama 22 tahun. Malah ia masih kekal dalam keadaan asal. Ia masih mempunyai dua pelekat Tom’s asal, antenna dan lengkap dengan sistem navigasi asal buatan Panasonic. Tayarnya ialah Dunlop Le Mans 702 dan mempunyai side marker seperti model eksport. Sport rim pun standard lagi bhai cuma tak pasti angin tu ori kilang ke tak.
Sudah tentu ia mempunyai beberapa kekurangan akibat faktor usia contohnya cat yang sudah semakin pudar, kemasan dalaman yang sedikit merkah malah terdapat sarang tebuan pada bahagian lampu utama.
Kredit gambar dan sumber japanesenostalgiccar.com