Artikel Pilihan

KLASS RALLY 2022 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Satu perkara tentang sukan rali, ianya tidak akan pernah mati. Peminatnya akan sentiasa ada dan bertambah. Buktinya apda hujung minggu sudah telah berlangsungnya Kursus Latihan Asas Sukan (KLASS) Rally 2022 yang telah diadakan pada 5 & 6 Mac 2022 bertempat di Space U8 untuk kelas teori pada hari pertama.

KLASS Rally 2022 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Motorsports Association of Malaysia (MAM) ini memberi pendedahan awal kepada mereka yang berminat dalam sukan rali tak kira sama ada sebagai Pemandu, Juruarah, Krew mahupun sebagai Pengurusan pasukan.

Penyertaan muka baharu sangat memberangsangkan kerana slot 30 peserta hanya mengambil masa 4 jam sahaja untuk dipenuhi setelah diiklankan di laman media sosial FB. Penyertaan dari jauh seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor. Syabas kepada para peserta kerana sanggup hadir.

Pihak pelaksana program One Motorsports Club dan juga Race & Rally Garage menerima 36 peryertaan dan selebihnya dimasukkan ke senarai menunggu untuk program yang akan datang. Pihak pelaksana program telah mewajibkan ujian Covid19 sekurangnya melakukan ujian Saliva dalam masa 24 jam sebelum kelas bermula. Setelah disaring, hanya 28 orang sahaja dibenarkan hadir untuk kelas teori pada hari pertama. Fasilitator untuk pembelajaran teori telah disampai oleh lagenda rali negara En. Karamjit Singh, penganjur Malaysian Rally Championship (MRC) En. Kurnia Sakor, Pemandu arah terkemuka En. Arish Qutb serta En. Faisal Tuah dan Pengarah Teknikal Race & Rally Garage yang juga Pemandu Rally Kebangsaan En. Mohd Henzee Hamzah.

Ketua program Roduwan Rashid atau dikenali sebagai Chepot telah melangsungkan hari kedua program dilokasi yang berbeza (Tanamera Experience) dimana para pelajar diberi pendedahan secara praktikal yang mana berlangsung serentak dengan acara Rally Shakedown 2022 bagi memeriahkan suasana di KLASS Rally 2022. Hanya pengunjung yang berdaftar dan diberikan wristband dibenarkan masuk bagi tujuan kawalan jumlah kapasiti penonton. Peserta telah diberikan pendedahan tentang kereta rali, demonstrasi rally service dan cabaran penukaran tayar kereta rally untuk peserta KLASS Rally.

One Motorsports Club juga telah menjemput veteran rali tanah air seperti Rozali Abdullah, Zulhilmi Hassan, Saladin Mazlan, Karamjit Singh, James Russell, Jagdev Singh, Arish Qutb dan ramai lagi untuk bersama memeriahkan suasana KLASS Rally dan Shakedown 2022. Kehadiran Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan iaitu En. Nor Azli dah Penolong Pengarah En. Mu’azam dari KBS telah menghangatkan keadan sambil mencuba taxi ride bersama Roduwan Rashid dan Karamjit Singh.

KLASS Rally berakhir dengan ucapan serta penyampaian sijil beserta hadiah (ditaja oleh Gulf Western Oil) pada jam 5:30 petang. Apa pun, semoga usaha murni untuk menyemai minat di kalangan masyarakat tentang apa itu dunia rali tempatan harus kita sokong dan Mekanika akan sentiasa menyokong usaha sebegini. Tahniah Chepot dan pasukannya Er, bila Henzee nak belanja taxi ride dengan Neo ni??

Kredit Foto : Ihsan Chepot

BACA : PMCA RALLY SHAKEDOWN 2021 – BUKTI BAHAWA SUKAN RALI SENTIASA HIDUP!

BACA : RALLY REGROUP FEAST 21 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA?

Google ads

B K

Back to top button