
SINGER BAHARU SAHAJA SIAPKAN PORSCHE KE 300 MEREKA – LAWA SANGAT NI
Kita mengenali nama Singer sebagai kedai menjual kelengkapan rumah yang menawan keluarga bahagia (bahagia ke?) tapi bagi peminat Porsche, Singer adalah firma restorasi yang terbaik. Tak banyak sebenarnya model Singer di atas jalan dan kami pun tak pasti sama ada ia dibawa masuk ke Malaysia atau pun tidak. Kini mereka baharu sahaja siapkan model ke 300 mereka dan ia sememangnya sangat gojes.

Model asal ialah Porsche Targa 911 1990 dan Singer telah mengubahsuainya agar kelihatan lebih retro, sama seperti rekaan mereka yang lain. Panel badan yang diperbuat daripada gentian karbon telah dilayangkan dengan warna Resitance Blue dan terdapat jaluran pudar dengan tulisan “Porsche” pada sisi pintu.
Bumbung boleh alihnya pula berwarna biru gelap. Cakeran brek seramik-karbon jelas kelihatan di celah-celah jejari rim. Ia kelihatan lebih klasik dengan penggunaan rim lima jejari ala-Fuchs.
Menjengah ke bahagian pula, nahh…ambik kau pemiliknya memilih warna oren terang untuk kemasan tempat duduk, panel-panel pintu dan bahagian bawah papam pemuka. Sempena Tahun Baru China kot? Paparan meter juga diberikan sentuhan warna oren! Manyak ong woo.

Sebaik penutup enjin diangkat semestinya ramai peminat Porsche yang akan mengangakan mulut secara serentak bila melihat enjin 4.0 liter flat-six sejukan udara Singer ini. Ia menghasilkan 390hp kuasa maksima dan boleh diperah sehingga 9000rpm. Ini dah macam VTEC.
Ia menggunakan ekzos titanium dan pembeli juga memilih kotak gera manual lima-kelajuan. Fuh kita geng bro. Pilihan yang tepat tapi Singer juga turut tawarkan pilihan kotak gear enam-kelajuan.
Singer memulakan perniagaannya pada tahun 2009 dan terus mendapat perhatian peminat Porsche. Kini mereka beroperasi di tapak seluas 115,000 kaki persegi di Torrance, California dan memggabungkan fabrikasi, bengkel mengecat, pemasangan dan penghasilan semula kemasan dalaman di bawah satu bumbung.

Kami pun nak buat juga la satu kemudahan macam ni dan ia khusus untuk naik taraf Alza generasi pertama. Okey tak ni?
