Buletin

GEOMETRY DEDAH IMEJ RASMI EV E. LEBIH SPORTY, 81 PS, GUNA PLATFORM GEELY VISION X3

Anak syarikat Geely yang hanya menghasilkan model elektrik, Geometry baru-baru ini mendedahkan foto rasmi EV mereka. Crossover yang dahulunya dikenali sebagai X Thunder Tiger kini hanya diberi nama E. 

Pada Februari lalu, media China ada melaporkan maklumat umum tentang crossver berkenaan yang tampil dengan sepasang lampu utama dan hendal pintu biasa, bukannya jenis terbuka apabila pemandu mendekati kereta. 

Sebagai sebuah EV, gril ditutup sepenuhnya. Bahagian atas pula dipasang dengan lampu posisi yang melintang dari kiri ke kanan. Bagi membuatkannya lebih sporty, kemasan berwarna hijau terang digunakan pasa bahagian atas lampu, cermin sisi dan hendal pintu. 

Bahagian belakang pula diserlahkan dengan rekaan lampu LED dan spoiler yang disepadukan bersama lampu brek ketiga. 

Dari segi dimensi, ia mempunyai jarak roda sepanjang 2,485mm, lebar 1,765mm dan setinggi 1,550mm. 

Sedia maklum bahawa Geometry sudahpun melancarkan EV pertamanya, Kungfu Cow ke pasaran China sebelum ini. Sama seperti Kungfu Cow, E dibina di atas platform yang turut digunakan oleh SUV Geely Vision X3. 

Jentera itu dijana oleh satu unit motor elektrik pada gandar hadapan berkuasa 81PS dan mampu mencatat kelajuan maksimum 121km/j. E dijangka melakukan debut pada acara Beijing Motor Show April depan.

Google ads
Back to top button