Buletin

TOYOTA SUPRA TOTAL LOSS LANGGAR POKOK. CUMA 1.6KM DARI PUSAT PAMERAN

Sebuah lagi Toyota Supra berakhir dengan nasib malang apabila ia terlibat dalam satu kemalangan serius.

Ia sepatutnya menjadi sesi pandu uji yang ringkas, tetapi pemandunya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok pada kelajuan tinggi.

Insiden yang berlaku di Cathedral Avenue di Garden City, New York hanya sejauh 1.6km dari sebuah bilik pameran Toyota. Pengedar Toyota terbabit mengesahkan Supra miliknya kemalangan dan pengurus memberitahu kedua-dua individu di dalam kereta itu selamat.

Jabatan Bomba Garden City yang berada di lokasi bagaimanapun tidak bersependapat. Penumpang Supra berkenaan terpaksa dikeluarkan daripada kereta berkenaan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki. Dia kini berada di hospital berhampiran.  

Apabila dikongsi di laman sosial Bomba Garden City, orang ramai memberitahu had kelajuan di kawasan tersebut ialah 48km/j sahaja.

Namun, jika dilihat kepada kerosakan dan serpihan yang terbang sejauh 30 meter, kereta itu sudah pasti dipandu jauh lebih laju. Malah, cuaca pada ketika itu juga baik.

Satu lagi perkara yang menjadi persoalan ialah pengedar biasanya tidak membenarkan kereta sports seperti Supra dipandu oleh pelanggan. Perunding jualan akan membawa pelanggan dalam jarak dekat, itu pun selepas mendapat kebenaran daripada pengurus.  

Nampaknya, peraturan itu telah dilanggar kerana perunding jualan didapati berada di tempat duduk pemandu. Perkara tersebut tidak disahkan oleh pengurus kerana perlu menjaga privasi mangsa.

Apa pun, Supra itu sudah total loss. Claim insurans je lah.

Google ads
Back to top button