Buletin

KENAPA BILLBOARD SUPRA INI BOLEH BERTAHAN SELAMA 27 TAHUN?

Sejak model model terbaharu Supra A90 diperkenalkan, Toyota giat mempromosikan jentera berkuasa tinggi itu. Malah di pasaran Amerika Syarikat (AS), Toyota di sana memberi diskaun yang agak banyak untuk model buatan tahun 2019. 

A90 merupakan hasil kerjasama di antara Toyota dan BMW. Walaupun dikecam kerana didakwa tidak lagi mempunyai DNA sebenar sebuah Supra, namun masih ramai yang mendambakan kereta sports tersebut. 

Nama Supra begitu kuat sehinggakan sebuah billboard di Lebuh Raya 101 di San Francisco, AS mampu bertahan sejak tahun 1993. Selepas hampir tiga dekad, tidak nampak gaya ia akan diturunkan dalam masa terdekat. 

Persoalannya, apa yang membuatkannya begitu istimewa? Billboard itu sebenarnya dimiliki oleh sebuah syarikat pengiklanan, Clear Channel Outdoor (CCO). Apabila dihubungi, Presiden Serantaunya, Bob Schmitt memberitahu billboard itu dilukis menggunakan tangan pada tahun 1990-an. 

Supra itu menjadi iklan lukisan tangan yang terakhir sebelum syarikat berkenaan beralih kepada teknologi vinyl. CCO kemudian mengambil keputusan untuk menjadi iklan Supra sebagai asas untuk semua iklan masa depan dan tidak perlu membazir mengecatnya dengan warna hitam. 

Schmitt memberitahu pekerjanya mengambil masa selama dua jam untuk menukar iklan vinyl yang baru dan proses ini berlaku secara rawak. Jadi, iklan Supra itu akan terpampang dalam tempoh yang cukup singkat sebelum ditutup dengan iklan baharu. 

Tidak terdedah lama kepada hujan dan panas membuatkan iklan tersebut masih mampu bertahan dengan baik sehingga ke hari ini. 

Tags
Google ads
Back to top button