
TOYOTA VERSO GUNA ENJIN BMW
MPV kompak Verso 1.6 D-4D diesel akan menjadi model Toyota pertama dilengkapi enjin yang dibekalkan oleh BMW Group. Pembekalan enjin tersebut adalah hasil satu kontrak yang dipersetujui oleh kedua-dua buah pengeluar kenderaan itu dua tahun lalu.
Perjanjian untuk membekalkan enjin diesel dilihat sebagai langkah pertama dalam kolaborasi jangka panjang di antara Toyota dan BMW Group berkaitan teknologi mesra alam generasi seterusnya.
Enjin diesel berkuasa 111bhp pada Verso tahun 2014 akan menambah varian enjin sedia ada di pasaran United Kingdom.
| DIESEL | PETROL | |||
| Enjin | Baharu 1.6 D-4D | 2.0 D-4D | 1.6 Valvematic | 1.8 Valvematic |
| Kuasa (bhp/kW @ rpm) | 111/83 @ 4,000 | 122/91 @ 3,600 |
130/97 @ 6,400 |
145/108 @ 6,400 |
| Tork (Nm @ rpm) | 270 @ 1,750 – 2,250 |
310 @ 1,600 – 2,400 |
160 @ 4,400 | 180 @ 4,000 |
| CO2 (g/km) | 119 | 129 | 154 | 159 |
“Hibrid adalah strategi utama kami ke arah mobiliti mapan. Namun kami juga sedar tentang peranan diesel yang bersih di Eropah. Justeru, kerjasama dengan peneraju industri seperti BMW Group memberikan kami kelebihan dari segi skala ekonomi dalam mengurangkan kos,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Europe, Didier Leroy.
Pembangunan model Verso 1.6 D-4D diketuai oleh pasukan R&D dari pusat teknikal Toyota Eropah di Belgium. Ia bagi memastikan padanan yang sempurna di antara enjin BMW dengan transmisi dan elektronik Toyota. Ia turut melibatkan penghasilan beberapa komponen baharu seperti mounting enjin, perumah transmisi, gear dan sistem start/stop.
Produksi Verso 1.6 D-4D dijadual bermula pada Januari 2014 di kilang Toyota di Adapazari, Turki yang menjadi pusat pengilangan Verso.











