Buletin

FORD LANJUTKAN PROMOSI ‘BIG DEAL’

Ford kini melanjutkan promosi ‘Ford Big Deal’ untuk menggalakkan aspek keselamatan di jalan raya dalam kalangan pelanggannya sempena cuti sekolah hujung tahun dan sambutan perayaan yang akan datang. 

70937-a-Ford

Sehingga 31 Januari 2014, semua pelanggan Ford di Malaysia boleh menikmati perkhidmatan pemeriksaan 27 poin dan pendingin hawa asas pada kenderaan masing-masing.

Ford juga menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas pakej servis kereta The Works™ yang merangkumi semua jenis minyak pelincir dan bendalir daripada Motorcraft. Di samping  penapis minyak dan kos buruh terhadap pakej-pakej servis minyak pelincir.

SONY DSC

Tawaran istimewa ini ditawarkan untuk model Ford Escape, Everest, Fiesta, Focus, Mondeo, Ranger dan S-Max tanpa Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP). Para pelanggan hanya perlu mencetak satu e-baucar daripada laman web: www.fordconsumer.com dan menyerahkannya di mana-mana pusat servis Ford yang sah  untuk menebus tawaran ‘Ford Big Deal’ yang relevan.

All-New Ford Kuga

Promosi Kadar Faedah Rendah  

Ford terus menawarkan kadar faedah serendah 1.38% setahun dan baucar beli-belah percuma kepada pelanggan yang membeli varian Focus Sport+ atau Titanium+ baharu. Bukan itu sahaja, baucar beli-belah percuma turut diberikan kepada pelanggan yang membeli Ford Kuga serba baharu sepanjang tempoh promosi ini. Promosi ini sah dari sekarang hingga 31 Disember 2013. 

GoFurther-New-Ford-Fiesta-07

Para pemilik model-model Ford yang baru akan menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km serta Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford. ESP Ford adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma.

Selain pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut merangkumi penggantian beberapa alat ganti lusuh terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

Ford Kuga_002

Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Ford Big Deal’, layari laman web: www.ford.net.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian: 1800 38 3181

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button