
MITSUBISHI BUKA PUSAT 3S TERBAHARU
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang ke-58 secara rasmi di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Dikendalikan oleh Wegro Sdn. Bhd. (Wegro), pusat 3S itu melibatkan pelaburan sebanyak RM8 juta.
Terletak di Lot PT 4523 (D), Batu 4 ½, Jalan Cheras, ia memiliki keluasan 37,300 kaki persegi yang merangkumi ruang penyimpanan alat ganti, lounge premium dengan ketersambungan Wi-Fi dan tempat cuci kereta secara percuma untuk semua pelanggan Mitsubishi.
Pusat 3S itu juga dilengkapi 13 ruang penyelenggaraan dan memiliki kapasiti servis sehingga 30 buah kenderaan sehari.
Tahuin lalu, MMM telah berjaya menjual sebanyak 12,600 buah kenderaan. Rangkaian produk yang ditawarkannya sekarang termasuklah Mirage, Lancer GT, Lancer Sportback, ASX Crossover, trak pikap Triton, Pajero Sport, SUV Pajero Exceed, kereta elektrik i-MiEV dan sedan yang baru dilancarkan, Attrage.
Sehingga kini, MMM mengoperasikan sebanyak 58 bilik pameran dengan 41 daripadanya ialah pusat 3S, di samping 50 cawangan servis di seluruh negara. MMM merancang untuk membuka dua lagi bilik pameran sebelum tahun kewangannya berakhir.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia