,
Modifikasi

PEMBUNUH SENYAP – TOYOTA VIOS KUASA VTEC!

Sekali tengok, macam tak ada apa yang berbeza dengan Toyota Vios ni. Nampak biasa, nampak skema nampak macam milik kerani pejabat tanah yang digunakan untuk ulang alik ke pejabat tanah daerah Lenggong Perak.

Bukan. Apa yang anda nampak di sini ialah sebuah Toyota Vios yang bernadikan enjin 2 liter K20A dari Honda.

Ya. Vios VTEC jadinya ni.

Ini adalah kereta yang dikongsikan oleh laman media sosial JTC Titanium dari Thailand. Satu-satunya pengubahsuaian dari luar yang dapat anda lihat ialah peredam ekzosnya yang besar dan rim TE37 inci yang menampilkannya sebagai sleeper gaya JDM.

Tapi sebaik sahaja bonet depan dibuka. Tadaaa!!

Inilah dia. K20A. enjin empat selinder DOHC i-VTEC yang senang-senang saja ada 200hp di dalamnya.

Tahap modifikasi di Thailand memang sangat luarbiasa. Mereka memang kreatis dan banyak peralatan aftermarket kini dibuat di Thailand. Termasuklah barang-barang copy gred A.

Jadi, apa kata anda pasal Vios ni?

KREDIT: JTC Titanium Online Store Facebook Page

Tags
Google ads
Back to top button