
KOS SERVIS TOYOTA SUPRA, MAHAL SIKIT DARI VIOS
Toyota GR Supra merupakan satu kereta sport mampu milik (selain dari Malaysia kerana cukai CBU yang tinggi). Namun yang jadi masalahnya ialah enjin, transmisi, dan segala komponen yang berkaitan bukanlah dihasilkan oleh Toyota tapi oleh BMW dan vendor BMW. Agak-agak berapakah kos penyelenggaraan GR Supra ni?
Jadi berdasarkan permintaan pembaca Mekanika sekalian, kami cuba mengkaji berapakah kos servis berjadual bagi Toyota GR Supra berdasarkan maklumat yang disediakan laman rasmi Toyota Malaysia, Toyota Canada dan Toyota US.
1. Toyota Supra menggunakan minyak pelincir API SN 0W-20 C5 yang perlu diservis bagi setiap 12,000 km (ya kami sudah cek jadual) atau maksima 12 bulan. Supra memerlukan 7 liter minyak pelincir setiap kali servis dengan kos RM 493.20 bagi setiap kali servis.
2. Seperti biasa, penapis minyak enjin juga perlu ditukar setiap kali minyak pelincir ditukar dan ia berharga RM 122.50. Sebagai perbandingan harga minyak pelincir 3 liter API SN 0W-20 sintetik penuh untuk Axia berharga RM 127.20

3. Penapis udara untuk enjin dicadangkan untuk ditukar pada setiap 24,000 km dengan kos RM 166.00. Kalau tak tukar, kotoran akan menghalang udara masuk dalam enjin dengan efisyen.
4. Pada perbatuan 36,000km Toyota mencadangkan agar cecair hidraulik sistem brek DOT4 ditukar dengan kos RM 63.40. Bagi menjamin prestasi brek yang cemerlang ia perlu ditukar pada perbatuan 60,000km dan 84,000km dalam sela masa 24,000km.
5. Palam pencucuh berharga RM 148.30 setiap satu. Supra ada 6 silinder menjadikan kos penukaran palam pencucuh ialah RM889.80 bagi setiap set. Palam pencucuh perlu ditukar setiap 24,000km. Kasar juga mainan dia ye.
6. Penapis kabin pula berharga RM 422.60 dan ia perlu ditukar pada setiap 24,000km. Penapis kabin ini akan menapis habuk di dalam kereta bagi mengelakkan habuk mengotori sistem penyaman udara.

Namun terdapat beberapa aspek penyelenggaraan tidak dinyatakan oleh Toyota. Penulis telah mencari di laman sesawang Toyota Malaysia, Toyota Europe dan Toyota Kanada tapi tidak dapat mencari maklumat bila minyak hidraulik gear 8 kelajuan dan cecair penyejuk enjin perlu ditukar.
Ok habis bab preventive maintenance. Seterusnya ialah corrective maintenance, hanya perlu digantikan sebaik sahaja komponen tersebut mengalami wear and tear ataupun telah habis digunakan.
9. Tayar – Toyota Supra menggunakan tayar bersaiz 255/35 ZR19 dan kalau anda perasan saiz rim aloi yang digunakan sama saiz dengan X70. Manakala tayar belakang menggunakan saiz 275/35 ZR19. Ya tayar belakang lebar sikit untuk lebih cengkaman dan kestabilan
Kalau anda memilih untuk guna Michelin Pilot Sport 4 harganya murah saja iaitu sekitar +- RM 1200-1400per unit. Kalau Michelin Pilot Super Sport mungkin lebih mahal. Kalau jenama lain seperti Dunlop harganya lebih murah. Tak perlu jual maruah untuk tukar tayar. Tapi takkan nak pakai tayar cap Ding-Dang kan.

10. Rotor brek -dah nama kereta sport, rotor brek akan cepat habis juga. Bila dah nipis biasanya kereta terasa bergegar pada behagian pedal brek dan juga stering. Lagi kuat lenjan, lagi cepat rotor brek habis. Kosnya ialah sekitar RM1488.30 bagi bahagian belakang dan RM 2462.60 bagi bahagian depan
11. Pelapik brek – sama seperti rotor brek komponen ini akan cepat haus. Bila dah nipis prestasi brek akan berkurangan. Kosnya ialah RM 1920.80 bagi pelapik brek depan dan RM 1026.30 bagi pelapik brek belakang
12. Sistem penyerap hentak – atau orang kampung sebut saksobar atau absorber. Bahagian depan dan belakang rekaannya tak sama. Bahagian depan berharga sekitar RM 2139.55 dan belakang berharga sekitar RM 1413.55

13. Cukai jalan – sekitar RM2125.00 setahun disebabkan saiz enjin 3000cc. Kalau dah boleh pakai apa sangat la cukai jalan sampai RM 2000 ni kan.
Bagi alat ganti rotor brek, pelapik brek dan penyerap hentak harga yang dipaparkan berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh En. Hidayat dari UMW Toyotsu Motors, Rawang.