Artikel Pilihan

TOYOTA YARIS ATIV (BACA VIOS) HIBRID AKAN DILANCARKAN DI THAILAND SUKU KE 3 2023

Laman sesawang automotif Thailand iaitu Headlightmag melaporkan bahawa Toyota Thailand bersedia untuk melancarkan satu lagi varian baru Toyota Ativ yang menggunakan teknologi hibrid. Model Toyota Ativ sekarang berada dalam kategori Low Cost Green Car dengan menggunakan enjin 1200cc yang dipadankan dengan CVT

Dengan rekaan terbaru di bahagian luar dan dalam serta dipasang dengan pelbagai teknologi keselamatan terkini menjadikan model ini sebagai model yang laris di pasaran Thailand. Namun terdapat juga rungutan daripada pengguna berkenaan dengan kuasa enjin 1200cc yang hanya menjana 91 kuasa kuda dan 109Nm tork sahaja

Bagi mengatasi masalah ini Toyota Motor Thailand dilaporkan akan melancarkan model Yaris Ativ Hybrid pada suku ke 3 tahun 2023. Projek dengan menggunakan kod D54B ini akan menggunakan sistem e-Smart Hybrid seperti yang digunakan oleh Perodua Ativa Hibrid. Sistem ini akan menggunakan enjin 1200cc WA-VEX sebagai pengecaj bateri semata-mata

Satu motor elektrik dengan kuasa sekitar 104 kuasa kuda dan 170Nm tork akan menggerakkan roda depan Perodua Ativa Hibrid. Tapi menurut Headlightmag Toyota Yaris ATIV Hybrid akan menggunakan enjin 1500cc 4 silinder DOHC sebagai pengecaj bateri. Setakat ini kuasa kuda dan tork yang akan dihasilkan oleh motor elektrik masih menjadi teka-teki termasuklah saiz bateri yang akan digunakan nanti

Sistem ini juga adalah sama seperti yang digunakan oleh sistem Nissan e-Power hibrid. Bagi sistem e-Smart Hybrid yang digunakan oleh Perodua Ativa, penggunaan bahan api adalah sekitar 27.8km bagi setiap liter petrol. Kami mengaggarkan penggunaan bahan api pun adalah lebih kurang sama dengan Perodua Ativa Hibrid

Dari segi penampilan dan kemasan luaran, besar kemungkinan Toyota Yaris Ativ akan mengekalkan rekaan yang sama dan ditemani dengan beberapa logo Toyota dengan latar belakang biru. Untuk bahagian dalam terutama meter, RPM meter akan digantikan dengan Energy Flow Display

Headlightmag menganggarkan Toyota Yaris Ativ akan mula dipasarkan mulai suku ke 3 tahun 2022 dan mungkin akan dilancarkan sekali dengan sebuah lagi SUV Segmen B yang baharu. Dengan janaan kuasa dari enjin 1500cc 4 silinder, motor dan bateri mungkin kuasa yang akan dihasilkan akan melebihi daripada kuasa yang ditawarkan oleh Perodua Ativa Hibrid.

The launch of the Toyota Yaris ATIV Hybrid will take place in the third quarter until the beginning of the fourth quarter of 2023, similar to the launch of the new B-Segment Crossover that we previously presented information about. (Read more here Click Here) As for the selling price, it is expected to increase from the 1.2 liter gasoline engine model, the normal version is about 100,000 baht and there may be not many sub-models to choose from.

Google ads
Back to top button