
ISU APLIKASI MYJPJ, KELEMAHAN TELAH DIATASI SEBELUM DILANCARKAN
Berikutan pelaksanaan cukai jalan serta lesen memandu dalam mod paparan digital pada Jumaat lalu, pengguna telah meluahkan kegusaran mengenai keselamatan data peribadi dan aplikasi MyJPJ.
Perkara tersebut mendapat respon daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan menyatakan bahawa kelemahan keselamatan dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum dilancarkan Jumaat lepas.
“Pihak CSM telah melakukan saringan dan siasatan terhadap aplikasi MyJPJ, kita telah kenal pasti satu kelemahan yang tidak terlalu besar dan ia (kelemahan itu) telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan.

“Saya tiada maklumat terperinci, tetapi sebelum digunakan secara meluas ia telah dikesan. Saya sendiri berhubung dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dan perkara itu telah diselesaikan,” katanya.
Fahmi turut memaklumkan bahawa CSM juga telah digerakkan untuk untuk membuat pemantauan terhadap semua prasarana siber yang diguna pakai kerajaan, termasuk aplikasi dan laman web.
Pemantauan tersebut dilakukan bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya pencerobohan sekaligus merisikokan data peribadi pengguna.
“Dengan kepakaran CSM serta undang-undang yang lebih meluas, ia akan dapat membantu menjamin keselamatan siber rakyat, kementerian dan agensinya.” – Sinar Harian
- BACA: LESEN MEMANDU PERSENDIRIAN, CUKAI JALAN KINI DALAM MOD PAPARAN DIGITAL – BERKUATKUASA HARI INI
- BACA: KEMALANGAN MENGAKIBATKAN KEMATIAN BAYI DALAM KANDUNGAN – ANTHONY LOKE ARAH JPJ DAN APAD AMBIL TINDAKAN SEGERA
- BACA: INDONESIA BAKAL GUNA ELECTRONIC ROAD PRICING (ERP), NETIZEN MALAYSIA MAHU SISTEM SAMA DILAKSANAKAN
- BACA: KEMALANGAN DI NKVE, MENTERI KERJA RAYA ARAH SIASATAN DAN KERJA BAIK PULIH SEGERA







