Motosikal

JENTERA ELEKTRIK ARMOTIA

Armotia kini sedia untuk bersaing serius dengan Zero iaitu pengeluar jentera Amerika Syarikat. 

Armotia_Due_R_mekanika (1)

Pengeluar jentera roda dua yang berasal dari Itali itu mengeluarkan model Due X dan Due R. Kedua-duanya akan bersaing dengan Zero FX dan FXS.

Due R mampu menghasilkan kuasa 15hp dan tork setinggi 180Nm. Model itu dapat mencapai kelajuan maksimum 90km/j dan  menawarkan prestasi luar biasa di laluan off-road. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi jenis 2WD dengan electronic torque distribution.

Armotia_Due_R_mekanika (2)

Untuk keselesaan tunggangan, model itu didatangkan dengan suspensi hadapan fork USD 41mm dan monoshock Bitubo boleh laras di belakangnya.

Keupayaan menghentikan jentera itu ditugaskan kepada brek hadapan angkup Brembo bersama cakera terapung 260mm. Di belakangnya pula angkup piston tunggal dengan cakera terapung 220mm.

Armotia_Due_R_mekanika (4)

Dengan berat 125kg dan ketinggian pelana 920mm, ia memudahkan pengendalian jentera di permukaan yang lasak.

Motosikal elektrik ini didatangkan dengan bateri jenis Li-ion berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.1 kW. Tempoh mengecas ialah 2 sehingga 6 jam.

Armotia_Due_R_mekanika (3)

Difahamkan model itu boleh bertahan selama sejam 20 minit jika ditunggang berterusan.

Due X pula mampu menghasilkan kuasa 15hp dan tork setinggi 200Nm. Pecutan maksimum yang mampu dilakukan ialah 80km/j. Bahagian suspensi dan brek adalah sama dengan Due R.

armotia_due_x_mekanika (2)

Kedua-dua model memiliki spesifikasi sama. Perbezaan cuma penghasilkan kuasa tork. Armotia Due R dan Due X merupakan model tipikal off-roader sejati. Penggunaan tayar 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang menjadikan ia seperti sebuah tunggangan motocross profesional.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button