Motosikal

SUZUKI MULAKAN CKD HAYABUSA DI INDIA

Suzuki dilihat sudah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) superbike popularnya, Hayabusa di kilangnya di Manesar, India.  

Suzuki-Hayabusa-CKD -India-mekanika (4)

Hayabusa 2016 yang sebelum ini dijual pada harga Rs 16 lakh (RM98,000) kini lebih murah menjadi Rs 13.57 lakh (RM83,000) seunit.

Harga baru itu membuatkan Hayabusa menjadi antara model superbike berkuasa tinggi yang lebih menarik. Ia pasti boleh bersaing dengan beberapa model lain seperti Kawasaki ZX-14R yang ditawarkan pada harga premium Rs 17.90 lakh (RM110,000) seunit di New Delhi.

Suzuki-Hayabusa-CKD -India-mekanika (1)

Hayabusa merupakan superbike pertama yang dipasang tempatan oleh Suzuki. Sejak dihasilkan, Hayavusa menjadi antara motosikal produksi paling pantas yang pernah dibina di dunia.

Mahu meneruskan reputasi tersebut, Suzuki menggunakan enjin empat lejang sebaris bersesaran 1,340cc yang mampu menjana kuasa mencecah 195bhp!

Suzuki-Hayabusa-CKD -India-mekanika (2)

Hayabusa 2016 boleh didapati dalam warna merah, hitam dan putih.

Google ads
Back to top button