
TRIUMPH DEDAHKAN TE-1, PROTOTAIP SUPERBIKE EV 174 KUASA KUDA
Triumph iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan motosikal telah mendedahkan sebuah protaip superbike keluaran mereka yang dihasilkan dengan kerjasama William Advanced Engineering. William yang memiliki pengalaman luas dalam F1 bertindak sebagai pembekal komponen.
Prototaip Triumph TE-1 ini menerima sistem bateri dan sistem inverter daripada Williams Advanced Engineering didedahkan pada umum selepas setahun projek kerjasama ini diumumkan oleh kedua-dua firma kejuruteraan ini. Dibina dengan menggunakan kerangkka Triumph Street Triple, namun enjin 3 silinder diganti dengan motor elektrik serta tangki petrol diganti dengan bateri serta inverter
Superbike prototaip ini dibekalkan dengan bateri sebesar 15kWh, sistem elektrik 360 volt dengan keupyaan mengecaj dari 0% sehingga 80% dalam masa kurang 20 minit. Bagi merendahkan pusat graviti, kedudukan bateri disusun dengan baik di bahagian bawah kerangka motosikal serta ditutup dengan penutup gentian karbon

Motor elektrik yang dibekalkan mampu menjana sehingga 174 kuasa kuda dan boleh ditunggang sejauh 193km bagi satu pengecasan penuh. Namun mengikut Chief Technical Officer, Andrew Cross pakej bateri dan inverter ini masih boleh diubah dan diperbaiki pada masa akan datang dengan menggunakan bateri silikon karbide dan motor lebih berkuasa yang boleh menjana sehingga 670 kuasa kuda
Tapi dengan 174 kuasa kuda dan berat kurang 220kg, Triumph TE-1 nampk sudah ideal dari segi kuasa, berat dan agihan berat antara semua roda. Malah berat TE-1 adalah hampir sama dengan Triumph Speed Triple berkuasa petrol.
Buat masa ini prototaip Triumph TE-1 akan meneruskan lagi ujian jalan yang ekstensif selama 6 bulan bagi menguji ketahanan komponen sebelum rekaan panel fairing ditambah dan dijual bersama-sama varian petrol



