Artikel Pilihan

NISSAN LANCARKAN 370Z EDISI ULANGTAHUN KE-50

Model edisi khas ulangtahun ke-50 370Z telah dilancarkan oleh Nissan sebagai memperingati salah satu daripada kereta sport revolusionari yang pernah dihasilkan mereka. Model yang dikenali secara rasmi sebagai Nissan 370Z 50th Anniversary Edition ini diasaskan daripada  370Z Sport tetapi kini dengan kemasan grafik dua tona yang semestinya dikenali oleh peminat sejarah sukan motor Nissan.

Warna dan jaluran berkembar yang menghiasai pintu kereta ini merupakan tanda pengenalan model perlumbaan Datsun dan Nissan era 60-an dan 70-an menggunakan mode-model BRE Datsun Roadster, 240Z dan 510. Jentera-jentera hebat itu merupakan sebahagian daripada pasukan Brock Racing Enterprises (BRE) yang memang sangat berjaya dalam perlumbaan jalanan ketia itu di AS. Kemenangan yang dicapai merah telah membuka mata dan pasaran AS kepada Datsun yang jenama Asia secara umumnya.

Model edisi khas ini dilengkapkan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti LSD, rim Rays bersaiz 19-inci yang digandingkan dengan tayar-tayar Bridgestone Potenza S007, SynchroRev rpm-matching untuk versi transmisi manual dan sistem audio Bose. Versi automatik turut ditawarkan tetapi tidak ada proses modifikasi ataupun naik taraf khusus untuk prestasi kereta ini. Dengan kata lain ia lebih kepada naik taraf secara kosmetik dan ia menggunakan enjin yang sama dengan 370Z Sport.

Nissan menawarkan dua pilihan warna untuk model 50th AE ini. Warna yang dijangka paling popular semestinya warna putih dengan kemasan merah dua tona yang menyamai kereta  lumba BRE. Beberapa bahagian diwarnakan dengan warna merah seperti bonet hadapan dan belakang, cermin sisi dan kemasan pada tiang satu ni ok. Warna merah ini bukannya pelekat seperti yang disangkakan tetapi ia memang dihasilkan dengan semburan cat yang sebenar.

Kalau dah namanya model edisi ulangtahun, mana lengkap sesebuah model seumpamanya tanpa logo-logo khas ulangtahun. Jadi jangan bimbang sebab terdapat logo di sana sini untuk memberitahu orang kampung tetang keistimewaan kereta sport baru anda ini.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tapi sudah tentu ia tidaklah dihasilkan seratus peratus menyamai model sebenar. Ada beberapa perbezaan pada bahagian tertentu maklum sajalah ia memang dua jentera dari zaman yang berbeza.

Pada tahun 2014, pemilik pasukan BRE, Peter Brock sebenarnya pernah menghasilkan versi 240Z khas untuk pelanggan beliau dengan konsep yang sama dan menggunakan tema liveri pasukan lumba BRE. Ia hampir menyamai pilihan warna kedua untuk 370Z 50th AE iaitu hitam dan perak.

Bahagian dalam pula diberi kemasan khusus untuk membezakannya daripada 370Z Sport biasa. Antaranya ialah roda stereng yang dibalut dengan Alcantara dan logo-logo 50th menghiasi bahagian konsol tengah, pelapik kaki dan penyandar tempat duduk.

Menurut Nissan hanya 50 unit 370Z 50th Anniversary Edition dengan warna merah putih akan dihasilkan. Sebahagian lagi akan dijual dengan warna hitam dan perak tetapi jumlahnya belum dapat dipastikan buat masa sekarang.

Kalau GTR dah terlalu mainstream mungkin 370Z istimewa ini boleh menarik perhatian peminat Nissan lain.

Tags
Google ads
Back to top button