Buletin

PANDANGAN POLITIK, PERANGAI ELON MUSK MENJENGKELKAN – PENGGUNA RELA PILIH JENAMA LAIN BERBANDING TESLA

Dalam tinjauan melibatkan lebih daripada 7,500 pembaca The New York Times, ia mendapati bahawa “sebahagian besar” responden mengkritik pandangan politik dan tingkah laku Elon Musk.

Lebih penting lagi bagi Musk, sentimen negatif ini turut mempengaruhi pandangan mereka terhadap kenderaan Tesla.

Aaron Shepherd, seorang pereka produk dari Seattle yang bekerja untuk Microsoft, memberitahu akhbar tersebut bahawa dia merancang untuk membeli SUV elektrik ID.4 Volkswagen berbanding Tesla kerana pandangan politik bilionair itu.

Seorang lagi pembaca, pekerja IT Achidi Ndifang, menyebut rasisme anti-Kulit Hitam Musk sebagai sebab utama kebenciannya terhadap Tesla.

“Ibu saya sedang mempertimbangkan untuk membeli Tesla,” kata Ndifang, yang tinggal dan bekerja di Baltimore.

“Sebagai seorang berkulit hitam, saya rasa seperti satu penghinaan jika ibu saya memandu Tesla.”

Bagi sekurang-kurangnya seorang pembaca NYT yang pernah menganggap dirinya peminat, perubahan haluan politik Musk sudah cukup untuk mematahkan semangatnya terhadap Tesla.

“Ada masanya saya sanggup memberikan organ saya kepada Musk jika dia memerlukannya,” kata Tim Yokum, seorang jurutera perisian dari Chicago.

Kini, Yokum berkata, Tesla Model S yang dipandunya sekarang akan menjadi terakhir dia miliki.

“Tesla adalah satu-satunya pengeluar yang secara terang-terangan membiarkan CEO-nya merosakkan nama baik syarikatnya sendiri,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama kita melihat peminat Musk berpaling tadah – dan pastinya bukan yang terakhir.

Google ads
Back to top button