Artikel Pilihan

UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PADA BATERI EV MUDAH TERBAKAR

Kebakaran yang melibatkan kereta elektrik adalah jarang sekali berlaku, tetapi jika ia berlaku maka proses pemadaman api yang dihasilkan oleh bateri yang terbakar akan mengambil masa yang lama untuk dipadamkan dan juga sangat rumit.

Kebakaran bateri boleh terjadi sekiranya oek bateri ditembusi objek yang mengalirkan elektrik seperti besi, yang menyebabkan berlakunya litar pintas dan bahan elektrolit bateri yang berupaya menjana sendiri gas oksigen jika pek bateri ditembusi

Namun sekumpulan saintis di Universiti Clemson mendapati mereka boleh menghasilkan elektrolit istimewa yang tahan terbakar dan menjadikan bateri lama yang mudah terbakar tidak lagi relevan dalam pasaran.

Kebanyakan kereta elektrik akan menggunakan bateri dengan elektrolit dihasilkan daripada ion lithium kerana ia berupaya menampung tenaga yang banyak dalam bentuk kimia dengan ketumpatan tenaga yang tinggi. Walaupun boleh digunakan dalam tempoh lama, ion lithium adalah berbahaya, memerlukan sistem penyejukan yang kompleks dan mudah terbakar.

Ion lithiumjuga menggunakan kombinasi logam oksida di dalam komposisinya, menjadikan ion lithium membebaskan gas oksigen semasa kebakaran berlaku. Dalam kebakaran biasa, air digunakan untuk menyekat oksigen daripada sampai ke bahan bakar.

Dalam kebakaran kereta elektrik, prinsip ini tidak boleh digunakan melainkan air digunakan untuk menyejukkan bateri dan mengelakkan bateri lain daripada terbakar dan menurunkan suhu pek bateri. Jika tidak, sel bateri yang berada dekat dengan kawasan kebakaran akan mula terbakar sama

Saintis di Universiti Clemson berpendapat jika elektrolit ini digantikan dengan bahan yang tidak terbakar, maka kebakaran bateri boleh dielakkan. Jika standard industri menggunakan lithium dan pelarut organik, saintis mencadangkan elektrolit dihasilkan daripada bahan yang sama digunakan untuk menghasilkan alat pemadam api

Elektrolit ini juga berupaya untuk beroperasi dari suhu -75 darjah sehingga 80 darjah Celcius tanpa masalah. Sewaktu ujian penembusan dengan menggunakan paku (nail penetration test), bateri ini boleh memadamkan api yang terhasil secara automatik dengan menggunakan elektrolit kalis api. Malah elektrolit ini juga boleh digunakan bersama ion Lithium, potassium, ion sodium, aluminium dan zink.

Tetapi, elektrolit kalis api ini mengandungi flourine dan fosforus, memerlukan kos yang lebih mahal dan membahayakan alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Saintis kini sedang mengkaji untuk menggantikan florine dan forsforus ini dengan cecair penyejuk yang biasa digunakan dalam alat pemadam api.

Buat masa ini bahan yang paling sesuai adalah cecair penyejuk yang dihasilkan oleh 3M dipanggil sebagai Novec 7300 yang bertoksid rendah, tidak terbakar dan tidak menyumbangkan kepada pemanasan global. Malah elektrolit yang diasaskan dengan Novec 7300 juga mempunyai sifat sama dengan elektrolit yang digunakan dalam penghasilan kereta elektrik sekarang.

Google ads
Back to top button