
UMW TOYOTA CATAT HASIL JUALAN 47,000 UNIT ENAM BULAN PERTAMA 2024
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri bulan Jun 2024 dengan prestasi positif, mencatat jumlah jualan bulanan sebanyak 7,600 unit.
Dengan pencapaian ini, jumlah jualan setakat tahun ini sehingga Jun 2024 kini mencecah 47,000 unit.
Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. berkata, “Kami bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami. Kepercayaan ini menguatkan komitmen kami kepada masyarakat dan selaras dengan visi kami untuk ‘Move Your World’.”
Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman pembelian, UMWT memperkenalkan promosi “Peace of Mind with Every Drive” untuk bulan Julai 2024, menawarkan pelanggan pembiayaan sehingga 100 peratus untuk model terpilih.

Pembeli kereta boleh menikmati penjimatan promosi yang meluas, termasuk promosi bernilai sehingga RM7,500 untuk Yaris Baru, dengan ansuran bulanan bermula dari hanya RM688.
Selain itu, Program Toyota Service Savers juga menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula dari serendah RM31.
Dalam perkembangan berkaitan, UMWT menunjukkan komitmen mereka terhadap komuniti dengan mengadakan Toyota Showroom Weekender di seluruh negara dari 13 hingga 14 Julai 2024.
Acara ini menampilkan empat model Toyota yang popular termasuk Yaris, Vios, Corolla Cross, dan Hilux serta menyediakan peluang untuk penglibatan, penyertaan komuniti.
Acara ini akan merangkumi pandu uji, tawaran jualan eksklusif, dan mempersembahkan model-model terbaru.
Para pengunjung juga boleh menikmati hadiah percuma dengan pandu uji serta meneroka pilihan tukar beli dan kereta terpakai dari cawangan Topmark.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my
- BACA: JAECOO 7 MENDARAT DI PASARAN MALAYSIA: SUV FUTURISTIK YANG MENGANCAM, LEBIH BERKUASA DAN PREMIUM!
- BACA: JUALAN EV, HIBRID DI MALAYSIA CATAT PERTUMBUHAN POSITIF SEPARUH PERTAMA 2024
- BACA: MAA TINGKAT RAMALAN JUALAN KENDERAAN 2024 KEPADA 765,000 UNIT
- BACA: MIKA HAKKINEN PANDU MCLAREN SOLUS GT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED








