Advertorial

JAECOO 7 MENDARAT DI PASARAN MALAYSIA: SUV FUTURISTIK YANG MENGANCAM, LEBIH BERKUASA DAN PREMIUM!

Apabila dibandingkan dengan Range Rover Velar, JAECOO 7 tampil dengan ciri-ciri yang sebanding, malah dalam beberapa aspek JAECOO 7 nyata lebih unggul.

Dengan gabungan reka bentuk futuristik, prestasi hebat, dan keupayaan off-road yang mengagumkan, JAECOO 7 sememangnya SUV mampu menandingi gergasi seperti Range Rover Velar.

APA YANG BEST SANGAT JAECOO 7?

Pertama sekali, JAECOO 7 adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari SUV yang bukan sahaja bergaya dan mewah tetapi juga mampu beraksi hebat di pelbagai jenis keadaan jalan.

Menerusi reka bentuk avant-garde, JAECOO 7 sememangnya tampil lebih elegan melalui padanan   design checkered DRL dan dual tier LED headlamp, memberikan identiti tersendiri.

Bagi menambahkan aura, rim 19-inci ‘aurora inspired’ memberikan lagi sentuhan sporty dan gaya kepada kenderaan ini.

Di bahagian belakang, lampu belakang dengan rekaan checkered dan tail lamp bersambung mencipta penampilan futuristik yang sukar ditandingi.

Masih belum cukup? Keupayaan bumbungnya (roof load) boleh menampung beban sehingga 75KG menjadikannya pilihan ideal untuk pengembaraan dengan beban tambahan di bumbung.

Interior yang Mewah dan Canggih

Masuk ke dalam JAECOO 7, anda akan disambut dengan suasana kabin yang begitu mewah dan inovatif. Gear knob yang diinspirasikan dari jet pejuang memberikan rasa eksklusif dan berteknologi tinggi.

Tambahan pula, dengan pencahayaan ambien 64 warna, anda boleh mengubah suasana kabin mengikut mood dan citarasa anda.

Tidak cukup dengan itu, JAECOO 7 juga dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar 50W yang dilengkapi sistem penyejuk, memastikan telefon anda kekal sejuk dan berfungsi dengan optimum.

Skrin infotainment 14.8-inci memberikan paparan yang jelas dan responsif, sementara panoramic sunroof penuh menambah lagi kemewahan serta keselesaan kepada penumpang.

Prestasi Hebat dan Efisien

Di bawah hud, JAECOO 7 dipacu oleh enjin 1.6 TGDI yang menghasilkan 194HP dan 290Nm tork, digandingkan dengan transmisi DCT 7 kelajuan yang memberikan pemanduan yang lancar dan cekap.

Penggunaan enjin ini juga lebih menjimatkan dari segi cukai jalan, satu kelebihan besar bagi pemandu di Malaysia!

Teknologi dan Keselamatan Termaju

Keselamatan dan kemudahan pemandu juga diutamakan dalam JAECOO 7. Melalui kamera 540 darjah, anda boleh memantau keadaan di sekitar kenderaan, termasuk bahagian bawah, memudahkan anda mengelak halangan seperti batu atau kayu.

Ini memberikan keyakinan lebih semasa memandu off-road atau di kawasan sempit.

Keupayaan Off-Road yang Menakjubkan

JAECOO 7 bukan sahaja memukau di bandar, malah ia juga mampu menghadapi pelbagai jenis keadaan off-road.

Dengan mode pemanduan yang pelbagai termasuk sand, snowfield, dan mud, serta 7 jenis keadaan off-road lain.

Senang cerita, anda boleh mengharungi hampir semua jenis permukaan!

Tambahan, ia mempunyai Ground clearance setinggi 200mm dan wading depth hingga 600mm, memastikan anda boleh meneroka kawasan yang lebih mencabar dengan yakin.

Pelancaran Rasmi JAECOO J7 – RSVP Sekarang!

Jom sertai pelancaran rasmi JAECOO J7 pada 20 hingga 21 Julai 2024, bertempat di KL Base, Sungai Besi.

Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan rasai pengalaman eksklusif ini termasuk sesi uji pandu JAECOO J7.

Jangan lupa untuk menempah slot anda sekarang di https://jaecoo.com.my/

Google ads
Back to top button