Buletin

TAHUKAH ANDA? SUDAH 50 TAHUN TOYOTA DIPRODUKSI DI MALAYSIA!

2019, genap 50 tahun jenama kenderaan Toyota dikilangkan di Malaysia. Perjalanan penuh bersejarah dari zaman datuk, ayah dan kita, jenama kebangaan Jepun untuk dunia ini telah mempunyai asas yang kukuh di negara kita.

Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Toyota yang baru sahaja memulakan operasi di kilang terbaru mereka di Bukit Raja, Klang Sambutan ulangtahun ke-50 ini juga diraikan bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama-sama dengan Permaisuri Tengku Norashikin, Tengku Permaisuri Selagor.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Amirudin Shari dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, CEO Toyota Asia dan China Tatsuro Ueda.

Pengerusi UMWT Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman memberitahu beliau sangat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia kepada syarikat ini hingga mampu berkembang selama 50 tahun di pasaran Malaysia.

Bercakap mengenai pelaburan RM2 Billion kilang baru Toyota di Bukit Raja beliau mmeberitahu bahawa ia adalah langkah Toyota untuk membawa teknologi pembuatan terkini, sistem pengeluaran automasi tertinggi, rekabentuk yang inovatif sambil mempromosikan kecekapan tenaga di Malaysia.

“Dalam masa yang sama kami tak lupakan alam sekitar dan keselamatan. Kilang kami menerapkan elemen Society-Caring di mana ia kurang menghasilkan bunyi bising dan beroperasi menggunakan inisiatif tenaga boleh diperbaharui serta kurang pencemaran. Dengan teknologi terbaharu ini juga, UMWT mensasarkan Pembangunan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan pekerja asing.

Sempena simbolik sambutan ke-50 tahun ini juga, UMWT telah menyerahkan sebuah Toyota Yaris kepada Komuniti Belia Selangor (SAY) untuk digunakan oleh organisasi tersebut.

Kenderaan tersebut diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tags
Google ads
Back to top button