
Motosikal
HONDA ADV160 DAPAT WARNA BAHARU – RM13,249
Skuter urban ‘adventure’ popular, Honda ADV160 kini datang dengan pilihan warna baharu bagi pasaran tempatan.
Bagaimanapun, selain penampilan baharu, Honda ADV160 terbaru ini hadir dengan harga RM13,249 berbanding RM12,999 sebelum ini sekaligus menunjukkan peningkatan.


Bagi tahun 2024, ADV160 datang dengan dua pilihan warna, kelabu dan putih dengan kedua warna ini melibatkan perubahan di bahagian panel badan sahaja.

Sementara itu, perincian lain kekal sama termasuk enjin yang masih dipacu platform satu silinder 156.9cc eSP+ yang menawarkan 15.5hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:
- ABS
- HSTC (Honda Selectable Torque Control)
- fork teleskopik
- penyerap hentak berkembar Showa
- rim 14-inci
- fungsi start top
- keyless
- tangki 8.1L







