Motosikal

BIENVILLE LEGACY BUAT KEMUNCULAN GLOBAL

Acara Goodwood Festival of Speed pada 25 hingga 28 Jun 2015 akan menyaksikan pengenalan global motosikal produksi empat silinder paling berkuasa pernah dihasilkan di dunia, Bienville Legacy.

Bienville-Legacy-mekanika (1)

Dibangunkan di Bienville Studios di New Orleans, Louisiana Amerika Syarikat, jentera itu direka bentuk oleh JT Nesbitt dan memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Bienville Legacy didakwa menjadi motosikal paling halus buatannya setakat ini. Ia merevolusikan reka bentuk motosikal apabila menggunakan sistem suspensi jenis pegas gegelung spring dedaun tunggal dan enjin dipasang di bahagian tengahnya.

Bienville-Legacy-mekanika (2)

Sehingga kini, hanya tiga unit model konsep Bienville Legacy dihasilkan. Jentera ini dibina menggunakan material-material seperti titanium, gentian karbon, kulit dan kayu mahogany.

Bienville-Legacy-mekanika (5)

Ia dikuasakan oleh enjin supercharged buatan Amerika, Motus V4 bersesaran 1,650cc yang mampu menawarkan kuasa mencecah 300bhp.

Bienville-Legacy-mekanika (3)

Bienville Legacy akan ditunggang menaiki laluan berbukit di Goodwood oleh Jim Jacoby dan Scott Miller, Yayasan ADMCi yang menyokong projek Bienville Legacy sejak awal lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button