Buletin

HONDA MALAYSIA TAWAR GANJARAN EKSKLUSIF, CITY JIMAT SEHINGGA RM10,000 DAN CR-V SEHINGGA RM17,000

Sempena kempen istimewa “Because of You”, Honda Malaysia menawarkan penjimatan besar kepada pelanggan menerusi pelbagai rebat tunai dan ganjaran khas sepanjang Oktober 2025.

Kempen ini bukan sekadar sambutan ulang tahun ke-25 Honda Malaysia, malah turut menghargai sokongan pelanggan setia dengan penjimatan bagi hampir semua model dalam barisan 2025 — kecuali model berprestasi tinggi Civic Type R.

Antara inisiatif utama dalam kempen ini termasuk Program Setia Honda (Honda Loyalist & Loyalist Plus) yang memberi rebat tambahan RM2,000 atau baucar servis kepada pemilik Honda sedia ada serta ahli keluarga terdekat, termasuk pemilik motosikal Honda.

Selain itu, Program Naik Taraf (Upgrader Programme) menawarkan rebat tambahan RM1,500 atau baucar servis kepada pembeli model Honda City dan WR-V, manakala Program Penjawat Awam (Government Servant Programme) memberikan rebat RM1,500 khas kepada kakitangan kerajaan yang membeli model City, Civic atau HR-V.

Dari segi penjimatan model, sedan popular Honda City menerima rebat sehingga RM8,000, dengan jumlah penjimatan keseluruhan mencecah RM10,000 bergantung kepada varian.

Model City Hatchback pula menawarkan potongan harga antara RM2,500 hingga RM4,000, menjadikan jumlah penjimatan maksimum RM6,000.

Untuk Civic, pembeli varian 1.5L Turbo (E, V, RS) boleh menikmati rebat RM8,000, manakala versi hibrid e:HEV RS menerima potongan RM7,000. Jumlah keseluruhan penjimatan sehingga RM10,000.

Bagi kategori SUV, WR-V menawarkan diskaun RM6,000 hingga RM8,000, dengan nilai keseluruhan sehingga RM10,000.

Sementara itu, HR-V mendapat rebat antara RM4,000 hingga RM6,000, bergantung kepada varian, dengan jumlah penjimatan maksimum RM8,000.

Model SUV terlaris CR-V memberikan potongan harga terbesar dalam segmen ini, iaitu RM15,000 bagi varian petrol dan RM13,000 untuk varian hibrid, menjadikan penjimatan keseluruhan sehingga RM17,000.

Promosi ini sah bagi semua kenderaan Honda yang didaftarkan antara 1 hingga 31 Oktober 2025, tertakluk kepada terma dan syarat serta stok sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan disarankan mengunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara.

Google ads
Back to top button