
SYARIKAT PENERBANGAN AMERICAN AIRLINES, UNITED AIRLINES BAKAL MEREHATKAN 32,000 PEKERJA
American Airlines dan United Airlines pada Khamis akan memberi cuti kepada lebih 32,000 pekerja, sebaik pakej bantuan Covid-19 berakhir.
Langkah itu terpaksa diambil berikutan perbincangan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan tambahan kerajaan gagal.
Pakej bantuan yang disediakan kerajaan persekutuan itu berikutan penularan Covid-19.
Agensi Berita Sputnik melaporkan memetik penyiar CNBC, kedua-dua syarikat penerbangan itu berikrar akan memanggil semula pekerja mereka jika perbincangan mengenai bantuan itu berhasil.
Pada Mac, Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan persekutuan sebanyak US$25 bilion (RM 104 bilion) dan melarang syarikat penerbangan mengurangkan pekerjaan, sehingga 1 Oktober.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat penerbangan berusaha mendesak anggota parlimen untuk mendapatkan pakej bantuan bernilai US$25 bilion (RM 104 bilion) dan cadangan itu mendapat sokongan.
Bagaimanapun, perbincangan untuk pakej bantuan lebih banyak yang diadakan pada Rabu menemui kegagalan.
Perjanjian antara Rumah Putih dan anggota parlimen bertujuan mengekalkan pekerjaan hingga akhir Mac 2021, walaupun berlaku penurunan permintaan perjalanan udara.
Industri penerbangan global antara paling teruk terjejas disebabkan penularan Covid-19 kerana kebanyakan negara terpaksa menutup sempadan dan mengenakan larangan penerbangan. – Bernama
- BACA: TIKET PENERBANGAN TANPA HALA TUJU QANTAS SOLD OUT DALAM TEMPOH 10 MINIT!!!
- BACA: SINGAPORE AIRLINES BAKAL TAWAR PENERBANGAN TIDAK KE MANA-MANA PADA BULAN HADAPAN
- BACA: PENDAPATAN SEKTOR PENERBANGAN MALAYSIA DIJANGKA SUSUT SEHINGGA RM19 BILION
- BACA: BERJALAN ATAS SAYAP PESAWAT, WANITA DIHARAM NAIK PENERBANGAN UKRAINE INTERNATIONAL AIRLINES