Buletin

BREK TESLA MODEL Y GAGAL BERFUNGSI, 2 MAUT, 3 CEDERA DI CHINA

Tesla akan membantu polis China untuk menyiasat kes nahas melibatkan sebuah Model Y. Laporan media mendakwa dua orang maut, manakala tiga lagi cedera selepas pemandu kereta elektrik itu hilang kawalan.

Insiden pada 5 November di wilayah selatan Guangdong tersebut menyebabkan seorang penunggang motosikal dan seorang pelajar sekolah menengah terbunuh. Jimu News turut menyiarkan video kereta yang dipandu laju itu merempuh kenderaan lain dan seorang penunggang basikal.

Polis trafik memberitahu punca kemalangan masih belum dikenal pasti dan sedang mencari saksi bagi membantu siasatan. Ahli keluarga pemandu yang tidak dinyatakan namanya berkata lelaki berusia 55 tahun itu mengalami masalah pedal brek.

Tesla berkata video menunjukkan lampu brek kereta tidak menyala ketika kereta itu dipandu laju dan datanya menunjukkan seolah tiada tindakan menekan brek.

Dalam kenyataannya kepada Reuters, Tesla menyatakan seorang pemilik kereta warga China telah diarahkan oleh mahkamah untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi pampasan kepada Tesla kerana komen dibuat oleh pemandu tersebut kepada media mengenai isu brek yang tidak konsisten.

Pihak mahkamah mendakwa setiap kenyataan dari pemilik kereta itu boleh merosakkan reputasi Tesla.

Namun, ini bukan kes pertama kenderaan Tesla mengalami isu kegagalan brek, Tesla pernah menghadapi dakwaan serupa di China sebelum ini.

Tahun lepas, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati menyebabkan ia jadi topik hangat di media sosial setelah mengadu mengenai brek tidak berfungsi dengan baik di pameran kereta Tesla di Shanghai hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Dalam keadaan itu, Tesla berkata pelanggaran had kelajuan adalah punca di sebalik kemalangan tersebut tetapi berjanji untuk memperbaiki cara mereka menangani aduan pelanggan.

Google ads
Back to top button