Artikel PilihanBuletin

US LEGEND CARS SERIES KINI DI MALAYSIA!

Pada 12 April 2019, US Legend Cars Malaysia (USLCMY) mengadakan satu perlumbaan bersiri iaitu ‘LEGEND CARS RACE SERIES 2019: ROAD TO USA bertempat di Ipoh Perak.

Ia merupakan siri Perlumbaan Kejohanan Kereta Legend pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Perlumbaan bersiri ini bertujuan untuk mencari pemandu terbaik untuk mewakili Malaysia di Perlumbaan Bujur atau Oval Races, tempatan dan antarabangsa.

Dari perlumbaan bersama- sama dengan Pelumba Profesional Australia Legend Cars sehingga perlumbaan kejohanan di luar negara, Legend Car Race Series juga mahu membawa bakat pemandu di Malaysia ke peringkat perlumbaan antarabangsa.

Misi USLCMY adalah untuk mewujudkan satu platform perlumbaan dari masa lapang ke perlumbaan profesional di mana pemandu dan peminat kereta dapat memupuk semangat mereka dalam sukan motorsport dengan kos yang efektif dan selamat sekaligus memenuhi semua piawaian antarabangsa.

Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan untuk memandu uji kereta Bandolero dan menghadiri kursus di Race Academy sekarang!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.uslcmy.com atau hubungi +6010-393-6289.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button