Buletin

VAN KARGO ELEKTRIK DFSK EC35 TIBA DI MALAYSIA. 80HP, 200KM SEKALI CAJ, BERMULA RM130K

QC Fleet Management Sdn. Bhd. hari ini melancarkan van elektrik DFKS EC35 untuk pasaran Malaysia secara rasmi.

Hanya ditawarkan dalam satu varian, DFSK EC35 dilengkapi satu unit motor elektrik berkuasa 80 hp dan tork 200Nm yang mampu mencatat  yang membolehkannya memecut dengan kelajuan maksimum 100km/j.

Pek bateri 38.7 kWh yang digunakan pula membolehkannya dipandu di kawasan  bandar sejauh 200km (275km mengikut data NEDC) dengan sekali caj.

EC35 turut menyokong pengecasan pantas DC yang menawarkan pengecasan 20-80 peratus dalam masa hanya 35 minit sahaja. Jika menggunakan pengecasan AC 6 kW pula, tempoh mengecas ialah sehingga enam jam.

Dari segi dimensi, EC35 mempunyai panjang 4,500mm, lebar 1,680mm dan tinggi 2,000mm, manakala jarak antara roda pula ialah sepanjang 3,050 mm. Jarak kelegaan tanah setinggi 190mm.

Antara ciri keselamatan yang dipasang pada DFSK EC35 termasuklah beg udara, ABS, EBD, pengesan undur dengan paparan jarak dan amaran akustik, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan sistem lampu utama automatik.

Pelanggan boleh memilih DFSK EC35 dalam versi dua hingga lima tempat duduk dengan ruang kargo sehingga 3,100 liter (4800 liter untuk versi dua tempat duduk). Kenderaan komersial itu turut didatangkan dengan ciri pintu sisi gelangsar yang memudahkan urusan keluar masuk ke ruang kargo.

DFSK EC35 ditawarkan pada harga bermula RM130,000 seunit. Ia juga boleh didapati menerusi opsyen pajakan untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Setiap EC35 dilindungi dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sejauh 120,000 km untuk rangkaian kuasanya.

Selain EC35, QC Fleet Management turut menawarkan versi trak elektrik EC31 dengan keupayaan ruang kargo sebesar 6,720 liter, muatan seberat 1,020 kg serta spesifikasi trenkuasa yang sama seperti EC35.

GALERI

Google ads
Back to top button