SELEBRITI TOP GEAR PECAH REKOD DUNIA VAN AISKRIM ELEKTRIK TERPANTAS
Paddy McGuinness yang terkenal sebagai selebriti program Top Gear, secara rasmi dinobatkan gelaran van aiskrim elektrik terpantas Guinness World Records.
Pengacara tersebut memandu van aiskrim dikenali sebagai Mr. Nippy mencapai kelajuan mencecah 128.8 km/j di Lapangan Terbang Elvington Yorkshire pada 26 Oktober lalu.
Jentera tersebut dibina menggunakan van aiskrin Bedford CF pada tahun 1979 menggunakan casis Land Rover 110 tahun 1980 dan dijana bateri buatan Tesla serta Mercedes.
Mr. Nippy perlu memenuhi kriteria khusus termasuk rekaan berdasarkan van aiskrim tradisional dan komersial sedia ada bagi memecah rekod berkenaan.
Selain itu, ia perlu mempunyai ruang luas menjual aiskrim dan sistem penyejukan serta berupaya menyediakan aiskrim lembut.
Rekod kelajuan diambil secara purata dan ia perlu diselesaikan dalam tempoh satu jam.
McGuinness mencatat kelajuan 128.8 km/j memadamkan rekod yang dilakukan Edd China pada bulan Mac lalu dengan catatan 119 km/j. – agensi
- BACA: JURUTERA PECAH REKOD DUNIA. TUNGGANG TONG SAMPAH PADA KELAJUAN 69 KM/J
- BACA: CLAUSTRO PHOBIA MINI TERENDAH DI DUNIA. SMURF BARU SELESA KOT PANDU MINI NI
- BACA: TOYOTA 2000GT – KERETA KLASIK JEPUN TERMAHAL DI DUNIA!
- BACA: HONDA EG CATAT REKOD DUNIA DENGAN CALTEX TECHRON DAKI GUNUNG DOI CHANG, THAILAND