
VOLKSWAGEN DEDAH VAN ELEKTRIK ID.BUZZ. BAKAL JADI RETRO MASA DEPAN MACAM TRANSPORTER(T1)
Volkswagen mendedahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik ID. Buzz yang dijangka mengimbau kenangan model ikonik Transporter dengan sentuhan moden dan terkini.
Begitupun, model terbaharu berkenaan akan memasuki pasaran Eropah terlebih dahulu dan tempahan bakal dibuka pada bulan Mei nanti.
ID.Buzz dibangunkan berdasarkan Modular Electric Drive Kit (MEB) Kumpulan Volkswagen yang merupakan platform pengeluaran berskala besar pertama di dunia.

Sebanyak 11 kombinasi warna ditawarkan kepada pembeli yang ingin mendapatkan van terbaharu itu.
Ia menawarkan tujuh warna tunggal piilihan iaitu putih (candy White), perak (Mono Silver), kuning (Lime Yellow), biru (Starlight Blue), oren (Energetic Orange), hijau (bay Leaf Green) dan hitam (Deep Black).
Empat warna dua tona pula merupakan putih/kuning (Candy White:Lime Yellow), putih/biru (Candy White: Starlight Blue), putih/oren (Candy White: Energetic Orange) dan putih/hijau (Candy White: Bay Leaf Green).
Biarpun, ID. Buzz mendapat inspirasi daripada ikonik T1 tahun 1950-an tetapi ia sama sekali tidak menentukan rupa paras model terbaharu terbabit.

Model terbaharu itu menampilkan rekaan moden dengan sentuhan retro untuk menarik minat penggemar automotif hari ini.
Ia hadir dengan rekaan hood berbentuk V dipadankan logo Volkswagen yang besar pada bahagian hadapan, lampu utama LED serta lampu belakang LED mendatar dipadankan jalur cahaya lebar penuh.
Kedua-dua varian memiliki saiz 185.5 inci panjang dan 78.1 inci lebar dengan jarak roda 117.6 inci sekali gus memberikan ruang lebih luas di ruang dalaman.
Secara praktikal, ruang dalaman menampilkan rekaan yang menarik dan moden dilengkapi tempat duduk hadapan yang boleh dilaras untuk keselesaan pemandu.

Pada bahagian belakang pula, tiga tempat duduk penumpang boleh dilipat ke bawah atau dibahagikan kepada 40:60 malah boleh digerakkan secara memanjang.
Sarung tempat duduk, penutup lantai dan pelapik bumbung diperbuat daripada bahan kitar semula.
Fabrik pula menggunakan benang Seaqual yang merupakan gentian diperbuat daripada 10 peratus plastic lautan yang dikumpyl dan 90 peratus botol PET kitar semula.

Selain itu, model terbaharu itu hadir dengan pencahayaan ambien 10 warna merangkumi sistem 30 warna pilihan, kokpit digital 10 inci, paparan infotainmen 10 inci yang mampu diubah warna mengikut mood melalui Mood Menu.
Ia turut didatangkan kawalan iklim dwi zon dan tempat letak tangan hadapan boleh laras dengan fungsi memori serta urutan.
Kedua-dua versi pertama Eropah ID. Buzz dan ID. Buzz Cargo mendapat khidmat bateri lithium-ion voltan tinggi yang dipasang pada bahagian lantai memberi kuasa sebanyak 82 kilowatt-jam (77kWj).

Ia didakwa mampu menjana kuasa mencecah 201 hp dan tork 229 Nm malah bateri boleh dicas dari lima hingga 80 peratus dalam tempoh 30 minit sahaja.
Ciri-ciri menarik lain termasuk sistem pintar ID. Light yang menggunakan pencahayaan berwarna untuk memaklumkan bahaya, arah navigasi dan maklumat lain.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi Bantuan Hadapan, Bantuan Laluan dan Paparan Tanda Jalan Dinamik, Bantuan Sisi, Bantuan Pengembaraan, Bantuan Parkir dan banyak lagi.
Pengeluaran Eropah bermula pada separuh pertama tahun ini dan pelancaran awal dijangka pada suku ketiga. – carbuzz
- BACA: VOLKSWAGEN GOLF R-LINE 2022 SUDAH BOLEH DITEMPAH. 8AT AISIN, BERMULA RM155K
- BACA: VOLKSWAGEN GOLF GTI MK8 2022. CKD PEKAN, 245PS/370NM, BERMULA RM212K
- BACA: BELI KERETA VOLKSWAGEN, NIKMATI PENJIMATAN SEHINGGA RM10,000!
- BACA: VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE HIGHLINE. SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SEMPURNA UNTUK ANDA







