Buletin

VIDEO: BAGAIMANA TOYOTA MEREVOLUSIKAN SISTEM PENGELUARAN KENDERAAN

Toyota bukan sahaja salah satu pengeluar kereta yang paling dihormati dan efisien di dunia, tetapi mereka juga salah satu pengeluar yang paling efisien dalam apa jua produk.

Sistem pengeluaran yang dicipta oleh Toyota telah menjadi ikutan bagi kebanyakan syarikat produksi lain di dunia. Dari syarikat pebuatan pesawat seperti Boeing hingga ke pengeluar cip kecil seperti Intel telah mengadopsi teknik pembuatan Just In Time dari Toyota.

Betapa efisiennya Toyota boleh dilihat menerusi jumlah pengeluaran yang mereka buat untuk jenama tunggal yang membolehkannya menjadi pembuat kereta pertama di dunia menghasilkan lebih daripada 10 juta kenderaan setiap tahun.

Video yang dihasilkan oleh Bloomberg ini menjelaskan metodologi “pembaziran minimum” di mana ia adalah satu keperluan pada era pasca perang di Jepun. Dengan sumber bahan mentah yang sangat terhad, Toyota terpaksa berjimat hampir setiap bahagian kenderaan dan mereka pernah membina trak K-Series yang dilengkapi hanya satu lampu utama di brek hanya pada roda hadapan!

Jurutera Toyota, Taiichi Ohno telah melawat kilang Piggly Wiggly di Amerika dan memberi beliau idea untuk mencipta konsep kaizen. Ia satu sistem yang membolehkan penambahbaikan dibuat sepanjang masa dan memberi pekerja peluang untuk turut sama menyatakan pendapat mereka.

Satu lagi konsep ialah kanban, iaitu proses pengesanan just-in time yang apa kita lihat hari ini sebagai kod QR.

Video ini juga memaparkan bagaimana Toyota Corona T80 sedan dibina, salah satu daripada 250 juta kenderaan yang telah dibina hingga hari ini.

Ya. 250 juta tuan tuan!

It was a visit to Piggly Wiggly stores that gave industrial engineer Taiichi Ohno the inspiration for lean manufacturing. Back home, his theories

Google ads
Back to top button