Buletin

VIDEO TIP JANGAN MENGANTUK MITSUBISHI

Sempena sambutan Hari raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada minggu depan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan menyiarkan tiga video Raya pendek di laman facebook rasminya.

Mitsubishi-Raya-video-mekanika (2)

Siri video bertajuk “What Not To Do Bila Drive Balik Kampung” itu dimulakan dengan video Bukak Mata Besar-besar dan Pedas Sedas.

Ringkas dan kelakar, video ini memberikan tip-tip seperti dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum memandu pulang ke kampong dan jangan kacau pemandu. Anda juga dilarang daripada jangan mengejutkan pemandu yang mengantuk dengan menjerit.

Akhir sekali, luangkan masa mengunjungi mana-mana pusat servis Mitsubishi untuk membolehkan kenderaan anda diservis.

Mitsubishi-Raya-video-mekanika (1)

Tonton video tersebut dengan klik di pautan di bawah:

Bukak Mata Besar-Besar dan Pedas Sedas.

Mitsubishi-Raya-video-mekanika (3)

Video ketiga bertajuk Caraoke Couple akan disiarkan Isnin minggu depan (4 Julai 2016) di laman Facebook yang sama.

Bukan itu sahaja, MMM juga ada menganjurkan satu peraduan ringkas untuk semua peminatnya. Mekaniknya cukup mudah, tonton video dan kongsikan cara paling KREATIF anda untuk tidak mengantuk ketika memandu. Pemenang akan membawa pulang sekeping kad Touch N Go atau Starbucks bernilai RM100.

Selamat mencuba!

 

Google ads
Back to top button