Buletin

VIETNAM PERTIMBANG BINA LANDASAN KERETAPI KELAJUAN TINGGI, KOS CECAH RM261 BILION

Vietnam sedang mempertimbangkan untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi di sepanjang negara itu dengan kos mencecah AS$58.7 bilion (RM261 bilion).

Kementerian pengangkutan Vietnam dilapor akan mengemukakan cadangan untuk membina landasan kereta api sepanjang 1,545km kepada Politburo, badan berkuasa pembuat keputusan Parti Komunis Vietnam bulan depan.

Vietnam yang merupakan antara hab pembuatan serantau yang penting telah meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan untuk menyokong ekonominya yang berkembang pesat.

Laluan sepanjang 665km akan dibina untuk dua bahagian pertama yang melibatkan pelaburan sebanyak AS$24.72 bilion (RM110 bilion) akan dibuka menjelang 2032 dengan keseluruhan projek itu dijangka siap pada tahun 2045 hingga 2050.

Google ads
Back to top button