Buletin

HYUNDAI LABUR RM1.78 BILION BANGUNKAN INSTITUT KAJIAN KEPINTARAN BUATAN UNTUK ROBOT ANJING

Hyundai Motor Group dan Boston Dynamics mengumumkan pelaburan bernilai lebih $400 juta (RM1.78 bilion) untuk membangunkan Boston Dynamic AI Institute.

Penubuhan pusat kajian itu adalah bertujuan untuk membangunkan mesin pintar generasi masa depan serta memfokuskan kepada aspek kepintaran buatan (AI) di dalam bidang robotik, seperti AI kognitif, AI atletik, rekaan perkakasan organik serta etika dan polisi.

Menurut Marc Raibert, pengarah eksekutif Boston Dynamics AI Institute berkata, “misi kami adalah untuk menghasilkan mesin dan robot termaju yang lebih pintar, lebih lincah, perseptif dan lebih selamat berbanding apa yang wujud pada hari ini.

“Struktur unik Institut ini yang terdiri daripada bakat terbaik akan membantu kami untuk mencipta robot yang mudah untuk digunakan, lebih produktif, mampu untuk menyelesaikan pelbagai tugasan dan lebih selamat bekerja dengan manusia.

Hyundai sebelum ini telah membeli Boston Dynamics pada tahun 2020, dan mula menggunakan robot ‘anjing’ di kilang-kilang Kia dan Hyundai untuk tujuan penjagaan keselamatan di fasiliti tersebut.

Google ads
Back to top button