Buletin

VIETNAM PASARAN KEDUA TERIMA YAMAHA PG-1 – 8.8HP, 9.5NM

Yamaha mencuri tumpuan apabila memperkenalkan Yamaha PG-1 untuk pasaran Thailand pada 25 November lalu. 

Pelancaran model itu turut mencuit peminat Yamaha di Jepun yang mengharapkan model gaya retro dengan elemen lasak itu akan turut dipasarkan di sana.

Namun, Vietnam muncul pasaran kedua selepas Thailand yang turut menerima model baharu itu baru-baru ini. 

Untuk rekod, PG-1 ini mencuri tumpuan kerana hadir dengan reka bentuk mirip dengann Honda CT125 Hunter Cub. Namun jika enjin menjadi faktor penentu, PG-1 ini sebenarnya adalah pesaing kepada Honda Cross Cub 110. 

Ini kerana Yamaha PG-1 dipacu enjin satu silinder 113.7cc SOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 8.8hp pada 7,000rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm. 

Bahagian casis pula merangkumi fork teleskopik di depan serta penyerap hentakan berkembar dibelakang. Brek pula terdiri daripada cakera brek depan dan brek dram di belakang yang dipadankan bersama rim lidi 16-inci dengan penggunaan tayar tiub. 

Bagi mengekalkan imej retro, PG-1 ini juga hanya menggunakan lampu halogen berbanding LED. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 5.1L
  • panel meter analog 
  • penghidup elektrik
  • berat 107kg

Bagi pasaran Vietnam, Yamaha PG-1 ini dijual pada harga hanya VND30,437,000 (RM5.8k). 

Google ads
Back to top button