Buletin

VOLVO CARS GUNA BAHAN API BOLEH DIPERBAHARUI UNTUK PENGANGKUTAN LAUT

Volvo Cars baru-baru ini memperkenalkan langkah baharu dalam misinya untuk mengurangkan jejak karbon.

Selaras misi berkenaan, Volvo Cars kini mengumumkan perubahan baharu, bakal menggunakan bahan api boleh diperbaharui untuk pengangkutan laut dan bukan lagi bahan api fosil seperti kebiasaannya.

Menurutnya, pengurangan pelepasan CO2 fosil sebanyak 55,000 tan akan dicapai oleh Volvo Cars dalam masa setahun melalui pengangkutan laut antara dunia.

Bahan api boleh diperbaharui ini juga berupaya mengurangkan pelepasan CO2 sehingga 84 peratus berbanding bahan api fosil.

Bahan api yang digunakan ialah Asid Lemak Metil Ester (FAME), berasaskan sumber- sumber boleh diperbaharui dan mampan seperti minyak masak terpakai.

Tambahnya lagi, tiada bahan mentah yang berkaitan dengan pengeluaran minyak sawit ataupun minyak sawit telah digunakan.

“Penggunaan bahan api boleh diperbaharui bukanlah langkah terakhir dalam mengeluarkan CO2 daripada keperluan pengangkutan laut dunia,” kata Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan CEO Volvo Cars, Javier Varela.

“Namun inisiatif ini menunjukkan bahawa kita boleh bertindak sekarang dan melaksanakan penyelesaian untuk mencapai hasil yang ketara sementara menunggu alternatif teknologi untuk jangka masa panjang.”

Untuk rekod, Volvo Cars mengusahakan inisiatif ini bersama-sama dengan rakan logistik mereka Maersk, Kuehne+Nagel, dan DB Schenker.

Penyedia-penyedia perkhidmatan logistik tersebut telah bertukar ke bahan api boleh diperbaharui bermula 1 Jun 2023 untuk semua penghantaran kontena Volvo Cars.

Volvo Cars akan menggunakan bahan api boleh diperbaharui untuk pengangkutan kontena laut untuk kilang-kilang pembuatannya yang berpusat di Eropah, Amerika, serta semua pengedaran alat ganti yang dihasilkan secara global.

Google ads
Back to top button