BuletinMotosikal

VINALES BAKAL SAMBUNG KONTRAK YAMAHA 2019-2020, ROSSI? BELUM PASTI…

Pelumba muda generasi baru harapan pasukan Yamaha Movistar, Maverick Vinales hampir pasti akan memperbaharui kontraknya bersama pasukan tersebut bagi musim 2019-2020.

Beliau memberitahu hal tersebut sewaktu acara pengenalan pasukan Yamaha MotoGP di Madrid baru-baru ini. Ketika ditanya wartawan, beliau sedia untuk menyambung kontraknya yang bakal berakhir pada musim 2018.

Maverick juga jelas meletakkan matlamat untuk menjadi yang terbaik dan menjuarai MotoGP 2018. Beliau juga berjanji akan memperbaiki kelemahan dan dalam musim pertamanya bersama Yamaha, penyesuaian masih dilakukan dari masa ke semaasa.

Jentera M1 baru ini juga akan menyaksikan banyak peningkatan terutamanya dari segi penalaan. Ia bag menyesuaikan keadaan dalam perlumbaan yang semakin kompetitif.

Sementara itu, masa hadapan Valentino Rossi masih lagi samar-samar bersama Yamaha Movistar. Dalam satu kenyataan sewaktu temuramah bersama Corsedimoto.com, Maurizio Bruscolini seperti dipetik Rossi memberutahu bahawa Rossi mungkin akan kekal dalam kem MotoGP pada 2019.

Namun yang kurang jelas, pasukan mana yang akan disertainya. 

Pada usia 40 tahun pada 2019, Rossi mungkin tidak lagi dilihat mampu bersaing dengan generasi yang lebih muda. Namun beliau masih lagi diintai oleh pasukan lain.

Pengalaman 13 tahun dengan pasukan Yamaha tentunya sesuatu yang berharga buat pasukan lain dan tidak mustahil, Rossi akan berpindah ke kem baru.

Rossi, generasi MotoGP moden yang telah mewarnai sukan ini dengan cemerlang. Beliau juga terkenal dengan sikap agresif dan tidak mudah mengalah.

Google ads
Back to top button