Buletin

NISSAN PANGGIL SEMULA 98,216 UNIT MODEL GRAND LIVINA, X-GEAR DAN NAVARA KERANA MASALAH BEG UDARA TAKATA

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) hari ini mengumumkan ia telah melanjutkan kempen panggilan semula (recall) untuk menggantikan modul inflator pada beg udara penumpang hadapan.

ETCM mengesahkan sebanyak 98,216 unit kenderaan NISSAN terlibat dalam kempen ini. Jumlah kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut:

MODEL

TAHUN DIKILANGKAN

UNIT YANG TERJEJAS

GRAND LIVINA (L10) CKD

April 2007 – Dec 2014

83,263

X-GEAR (L10) CKD

NAVARA (D40) CBU & CKD

Dec 2006 – Dec 2014

14,953

* Kempen ini tidak melibatkan NISSAN NP300 Navara serta model-model NISSAN yang terkini di pasaran.

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat daripada TCEAS. Mereka yang menerima surat dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji.

PROMOSI CNT ETCM

TCEAS yang terpilih telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Sekali gus memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan pada hujung minggu serta cuti umum. Selain meningkatkan kapasiti aktiviti penggantian.

Kos buruh dan alat ganti untuk kempen panggilan ini adalah percuma.

Untuk maklumat lanju, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma: 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) bagi mengetahui sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau sebaliknya.

Google ads
Back to top button