Buletin

VOLKSWAGEN ATLAS CROSS DENGAN AKSESORI BASECAMP DAN RIM ALA OFF-ROAD!

Jika Volkswagen Tiguan mempunyai kembar Tiguan Allspace yang lebih besar dan tiga baris tempat duduk, Atlas juga mempunyai kembar iaitu Atlas Cross Sport.

Berbanding kembar Tiguan yang nampak tidak jauh beza, kembar Atlas pula lebih menonjol dan tampil sporti selain hanya didatangkan dengan dua baris tempat duduk.

Penjualan Atlas tidak seluas model Volkswagen lain dan dikenali sebagai Teramont di China dan Timur Tengah.

Di Amerika Syarikat yang terkenal dengan pelbagai bentuk muka bumi dan gaya hidup aktif, Volkswagen menawarkan siri aksesori Basecamp® untuk Atlas Cross Sport dan tambahan kepada Atlas sejak 2020.

Tidak perlu beli semua, pelanggan ditawarkan perkakasan Basecamp® secara berasingan dan selain kit badan, rim 17 inci menaikkan gaya off-road kedua-dua model Atlas.

Diperkenal pada 2020, kit Basecamp dibangunkan dari model konsep Atlas Basecamp yang diperkenal pada Pameran Kenderaan Antarabangsa New York 2019.

Kit Basecamp dihasilkan Air Design dan merangkumi perkakasan berikut:

  • Pendakap bampar depan dua tona hitam dan perak satin
  • Pendakap lingkungan roda dengan penghadang air warna hitam
  • Pendakap sisi warna perak satin
  • Pendakap bampar belakang warna perak satin dengan ruang untuk cangkuk tunda
  • Kit lengkap dibekalkan bersama logo Basecamp untuk dapra (fender) (Atlas sahaja)

Harga kit Basecamp untuk Atlas dan Atlas Cross Sport:

  • Kit penuh Atlas – AS$2,650 (RM12,477)
  • Kit penuh Atlas Cross Sport – AS$2,774 (RM13,060)
  • Pendakap bampar depan – AS$680 (RM3,201)
  • Pendakap bampar belakang – AS$680 (RM3,201)
  • Pendakap sisi – AS$769 (RM3,620)
  • Pendakap lingkungan roda – AS$645 (RM3,036)

Rim 17 inci Traverse MX yang menaikkan gaya off-road dikeluarkan khas untuk Volkswagen oleh fifteen52. Ada dua warna yang ditawrkan iaitu frosted graphite dan radiant silver.

Setiap satu berharga AS$315 (RM1,483) dan Volkswagen mengesyorkan tayar semua permukaan (AT) saiz 245/70R17.

Tidak seperti semasa mula diperkenalkan pada 2017, Volkswagen telah menyingkirkan enjin 3.6 liter VR6 FSI dan kini hanya digerakkan enjin 2.0 liter TSI yang menghasilkan 269 kuasa kuda dan tork 370Nm.

BACA: VOLKSWAGEN ID. GTI CONCEPT – GTI VERSI ELEKTRIK!

BACA: VOLKSWAGEN GOLF GTI 380, MODEL MANUAL TERAKHIR SEBELUM DIHENTIKAN!

BACA: VOLKSWAGEN PASSAT VARIANT 2024 DIPERKENAL, R LINE NAMPAK SEGAK!

BACA: APA BEZA VOLKSWAGEN R-LINE DENGAN VOLKSWAGEN R?

Volkswagen Atlas Cross Sport

Volkswagen Atlas

Google ads
Back to top button